Categories: BeritaRingkasTerkini

Demi Gaza, FINE Hasilkan Single Gaza Merdeka

Demi solidariti keatas rakyat Gaza yang kini diserang oleh tentera Israel laknatullah, kumpulan FINE terbitkan single khas untuk Gaza berjudul Gaza Merdeka.

Gaza Merdeka merupakan hasil ciptaan FINE dan lirik oleh FINE dan penulis lirik terkenal, Ito Lara.

Menurut Asyraf atau lebih mesra disapa Acap FINE, lagu ini merupakan single terbaru FINE untuk para peminat.

“Ini single terbaru kami. Lagu ini merupakan manifestasi kepada bantahan kami terhadap serangan yang tidak berperikemanusian oleh Israel laknatullah terhadap penduduk Gaza yang tidak berdosa.”

“Semoga lagu ini menjadi sebahagian daripada usaha kami dalam memperjuangkan nasib saudara kita di Gaza.” ulas Acap lagi.

Jom kita layan lagu ini. Dibawah ini kami sertakan lirik untuk anda hayati.

Gaza Merdeka – FINE

Terlihat awan yang kelabu,
Dibumi Anbiya’ ini,
Kuberdoa di setiap harapku,
Ya Allah lindungi hambaMu.

Ya Allah lindungi Gaza
Yang mengharapkan sinarMu,
Berkatkan bumi ini agar makmur
dan merdeka.

Ayuh laungkan Gaza akan merdeka,
Walau tumpahnya darah para syuhada’,
Menghadapi zionis bukan dengan tangis,
Juang hingga Al-Quds merdeka.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago