Categories: BeritaTempatanTerkini

Tanah Ini Milik Kami Gabungkan Artis Popular Malaysia

Terhasil sudah sebuah karya indah yang menggabungkan artis-artis popular Malaysia. Lagu yang bertemakan perjuangan Palestin ini diberi judul Tanah Ini Milik Kami.

Percaya bahawa sesungguhnya perjuangan ini adalah perjuangan bersama, maka Faizal Hijjaz telah menghasilkan lagu yang sungguh indah ini menggabungkan barisan artis ternama tanahair dalam sebuah lagu.

Antara artis yang terlibat ialah: Dato’ Ramli Sarip, Hijjaz, Rabbani, Nash, Nazrey Johani, Ustaz Amal, Inteam, Saujana, Muadz, Mestica, UNIC, The Muhibbains, Heliza Helmi, Salima Habibi, Taleeb Mizad, Ainan Tasneem, Daus AF, Nabil Far East, Altimet, Hufaz, Safiyya, Adik Ali Din dan Adik Shahamah (Adik-Adikku)

Selain itu, lagu ini turut menampilkan pemuzik handalan seperti Man Kidal, Along Exist, Ujang, Kelly dan Wan Saleh.

Video ini telah ditaja oleh Creativo. Dihasilkan oleh Hijjaz Records untuk MAPIM.

Sebagai bonus, kami sertakan di bawah beberapa gambar disebalik tabir pembikinan klip video dan lirik “Tanah Ini Milik Kami”.

[carousel arrows=”display” buttons=”display” caption=”display”][panel title=”Ainan Tasneem”][/panel][panel title=”Daus AF8″][/panel][panel title=”Heliza Helmi”][/panel][panel title=”Muadz”][/panel][panel title=”Zaf, Adib & Erwan The Muhibbains”][/panel][panel title=”Ustaz Nabil Far East”][/panel][panel title=”Nash Lefthanded”][/panel][panel title=”Nazrey Johani”][/panel][panel title=”Dato Ramli Sarip @ Papa Rock”][/panel][panel title=”Safiyya”][/panel][panel title=”Salima Habibi”][/panel][panel title=”Shahamah Adik-Adikku”][/panel][panel title=”Taleeb Mizad”][/panel][panel title=””][/panel][panel title=”Ustaz Amal”][/panel][/carousel]

TANAH INI MILIK KAMI

Di tanah ini tersimpan lembaran cerita
Perebutan daerah menindas menghina
Nyawa jadi taruhan tanpa belas kasihan
Anak-anak kecil dibunuh kejam
Berapa banyak lagi ratapan dunia ini
Tertuju hingga kalimah Mu terhunjam

Takbir Mu bergema tasbih Mu bergelora
Berkumandang megah di bumi merdeka Gaza di Palestin

Pertama AQSA matlamat kami
Kedua syahid idaman kami
Ketiga membantu bersama kami
Keempat tanah ini milik kami

Mari bersama kita bangun
Membenteras segala kekejaman
Seiring kata menyuara kezaliman
Bersatu kita teguh membahu dan membantu

Dengan nama yang Maha Esa
Mohon ampunkan dosa-dosa mereka
Mungkin mereka tidak tahu
Tindak tindas mereka itu salah laku
Ya Rahman suluhkan pencerahan
Sambil saudara ku di sana untuk bertahan
Hingga keamanan lahir dari berantakan
Esok kembali cerah lepas gelap semalaman

Semoga Palestin dapat dibebaskan dari cengkaman Israel laknatullah.

– Munsyeed Dot Com

[signoff predefined=”Movie Review Signoff” icon=”icon-camera”]Gambar disebalik tabir “Tanah Ini Milik Kami” adalah hakmilik CREATIVO™. [/signoff]

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago