Categories: BeritaTempatan

DEVO atau Devotees?

Namanya mekar menghiasi industri. Dari awal kemunculan mereka sehinggalah sekarang, 4 orang anak muda ini tidak pernah gagal mencuri perhatian lensa kamera media mahupun peminat-peminat. Ukhwah, bakat dan kreativiti membuatkan mereka tetap utuh menghiasi persada muzik Malaysia.

Sekitar Julai 2013, mereka mengumumkan penjenamaan semula kumpulan mereka dengan menukar nama dari DEVOTEES kepada DEVO. Selepas beberapa tahun membina nama dan ‘branding‘ sebagai Devotees, akhirnya mereka membuat keputusan yang berani untuk menukar nama kepada DEVO.

Berjayakah penjenamaan ini? Adakah peminat dan penganjur sudah bersedia memanggil mereka dengan nama DEVO? dan kenapa memilih nama DEVO? Jom kita tanya ahli kumpulan DEVO sendiri.

Pada minggu lepas, kami cuba menghubungi ahli-ahli DEVO untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai hal ini. Alhamdulillah, Halim menyambut salam kami. Pada waktu itu, Halim masih berada di rumah kedua beliau di Seoul Korea. (Untuk makluman semua, Halim DEVO ada menjalankan Pakej Percutian ke Seoul, Korea. Klik disini untuk info: Jom Backpacker)

Sukar Menyebut Nama Devotees
Menurut Halim, idea untuk penjenamaan semula ini timbul selepas peminat dan penganjur mengalami kesukaran untuk menyebut dengan betul nama kumpulan mereka, Devotees.

“Devotees akan dijenamakan semula secara rasmi kepada DEVO bagi memudahkan orang sebut. Sebab pengalaman-pengalaman lepas, agak susah orang (peminat/penganjur) nak sebut sebab macam-macam bunyi keluar. Jadi kami pendekkan kepada DEVO sahaja walaupun ramai peminat nasyid sudah kenal Devotees.” jelas Halim.

Tambah Halim lagi, keputusan untuk menukar nama ini adalah keputusan bersama yang dicapai diantara ahli-ahli DEVO.

“Idea (menukar nama) dicapai secara bersama sebab (kami) sudah pernah bincangkan banyak kali tetapi baru tahun ini kami take it seriously. Kenapa Devo? Supaya tidak jauh beza dengan nama asal kumpulan kami, Devotees.”

Berjayakah Penjenamaan Ini?
Mungkin terlalu awal untuk kita nilai sejauh mana keberhasilan penjenamaan semula ini. Hasil pemerhatian kami, masih ada segelintir peminat yang memanggil kumpulan remaja popular ini sebagai Devotees. Tidak kurang juga yang tertanya-tanya, siapa DEVO?

Nama Devotees juga masih digunakan di dalam poster-poster konsert walaupun mereka berulang-ulang kali menegaskan yang mereka kini adalah DEVO. Pihak kami difahamkan, DEVO juga mengalami kesukaran menukar nama Facebook page mereka dari Devotees kepada DEVO disebabkan peraturan yang ditetapkan oleh pengurusan Facebook untuk tidak membenarkan page yang sudah melebihi 200 orang untuk tukar nama.

Mengulas mengenai hal ini, Halim dengan tenang menjelaskan, “Facebook tak boleh tukar nama kepada Devo sebab jika fanpage itu sudah lebih 200 likes (kalau tak silap), memang tak dapat tukar nama. Kami tak boleh nak buat page baru atas nama DEVO sebab nanti orang confuse pulak dengan page Devotees.”

DEVO dan Projek Baru
Ketika ditanya, apa usaha yang bakal dibuat oleh DEVO untuk mengukuhkan penjenamaan semula nama DEVO. Halim menegaskan yang mereka kini dalam perancangan untuk muncul dengan projek baru dan akan menggunakan nama DEVO sepenuhnya untuk projek tersebut.

“Buat masa ini kami belum fully guna DEVO sebab belum ada apa-apa produk untuk keluar, kecuali 1 sahaja lagu; Selawat Ramadhan yang diterbitkan pada Ramadhan 1434H.”

“InsyaAllah akan comeout dengan single terbaru sebelum hujung tahun ini. Full album dengan nama baru. Akan buat launching sekali dengan penjenamaan DEVO.” ujar Halim.

Dari lenggok bahasa beliau, kami yakin DEVO optimis dengan apa yang mereka rancang dan aturkan. Segala kejutan dan kreativiti yang ditampilkan akan membuat mereka lebih dekat dengan peminat-peminat yang sukakan perkara yang baru dalam industri ini. Syabas diucapkan kepada DEVO. Semoga sukses!

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago