Categories: BeritaTempatan

Fakhrul UNIC Syukur Diatas Kelahiran Anak Kedua

Alhamdulillah, semalam kami menerima satu berita gembira dari Fakhrul UNIC melalui group di Whatsapp. Menurut Fakhrul, isteri beliau telah selamat melahirkan anak kedua semalam.

Fakhrul atau nama penuh beliau, Fakhrulradhi Bin Khamaruddin dan pasangan, Siti Syahirah telah dikurniakan anak perempuan pada hari Jumaat, 22 November 2013, kira-kira jam 10.10 malam. Bayi perempuan comel ini telah dilahirkan di Gombak Medical Centre (GMC) dengan berat 2.95kg.

Kelahiran puteri comel ini pasti memberikan senyuman buat Fakhrul, Syahirah dan juga anak sulung mereka, Muhammad Muqri yang teruja mendapat adik baru.

Menurut Fakhrul, buat masa ini, beliau masih belum memberi nama kepada cahaya mata kedua ini.

“Nama masih belum ada. Tapi inshaAllah nama serikandi atau mujahidah Islam (menjadi pilihan)” ujar Fakhrul.

Khas buat tatapan pembaca Munsyeed Dot Com, Fakhrul telah kongsikan 2 keping gambar terbaru puteri comel beliau kepada Munsyeed. Comel kan? Kami di Munsyeed mendoakan semoga puteri comel ini menjadi anak yang solehah dan serikandi Islam yang kental memperjuangkan Islam. Ameen.

Comelnya anak Fakhrul. 🙂

Anak Kedua Fakhrul UNIC

Dibawah ini, kami kongsikan gambar Fakhrul dan anak sulungnya, Muhammad Muqri yang ber‘selfie’ petang semalam.

Fakhrul UNIC dan anak sulungnya, Muhammad Muqri. Sumber: Instagram Fakhrul.

– Munsyeed Dot Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago