Categories: BeritaTempatan

Devotees Umum Senarai Lagu Untuk Showcase Devotees 2025

Selepas mengumumkan penganjuran showcase khas sempena ulang tahun ke-20 mereka baru-baru ini, kumpulan nasyid Devotees kini mendedahkan senarai lagu (track list) yang bakal dipersembahkan pada malam istimewa tersebut.

Antara lagu pilihan yang dijanjikan bakal mengimbau nostalgia dan menggegarkan pentas ialah:
1. Mencari Cinta
2. Berjalan Tanpa Henti
3. Sahabatku
4. Mahar Cinta
5. Luahan Rindu
6. Setiap Kali
7. Lament
8. Erti Bahagia
9. Kekasih
10. Tika Dinihari
11. Bersama

Kesemua lagu ini akan dipersembahkan dengan iringan live band penuh melibatkan gitar, gitar bass, drum, dua keyboard dan percussion, sekali gus memberikan nuansa lebih segar dan bertenaga untuk para penonton.

Showcase 20 Tahun Devotees

Showcase yang diberi tema “Dulu Kini Devotees” ini akan berlangsung pada 31 Ogos 2025, jam 8.00 malam di Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Acara ini dianjurkan bersempena 20 tahun perjalanan Devotees dalam industri muzik tanah air, meraikan karya-karya popular mereka yang pernah mewarnai landskap muzik Islami sejak tahun 2005.

Devotees pernah menjadi antara kumpulan nasyid kontemporari yang mencetuskan fenomena baharu dalam dunia muzik Islami. Dengan gaya segar dan muzik yang dekat dengan jiwa anak muda ketika itu, Devotees berjaya menempatkan diri sebaris dengan kumpulan nasyid ternama lain.

Antara karya yang meninggalkan kesan mendalam termasuklah “Mencari Cinta”, “Sahabatku” dan “Mahar Cinta”, yang bukan sahaja diminati kerana melodi indah, tetapi juga lirik yang sarat dengan mesej ketuhanan dan persahabatan.

Kembali Temui Peminat

Lebih menarik, showcase ini menjadi kemunculan semula Devotees di pentas selepas sekian lama tidak mengadakan persembahan berskala besar. Tidak hairanlah peminat begitu teruja menantikan malam penuh nostalgia ini, yang bakal mengimbau memori lama serta mempersembahkan karya yang terus segar sehingga kini.

Dengan pengumuman senarai lagu ini, keterujaan peminat semakin memuncak, sekaligus menjadikan Showcase Devotees “Dulu Kini Devotees” antara persembahan yang paling dinantikan tahun ini.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Sebak tengok Hadie layan ibu dia macam itu…” – Netizen Puji Arwah Suhaimi Saad Pandai Didik Anak

Sikap penuh kasih sayang antara anak dan ibu kembali mencuri perhatian netizen apabila satu video…

5 days ago

31 Nama Pengelola Jemaah Haji Bagi Tahun 2026 / 1447H Lantikan Tabung Haji Diumumkan

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pelantikan 31 syarikat pelancongan yang diberikan lesen rasmi…

5 days ago

Cocokins – Nurul Asyikin Tawan Hati Juri di Episod Kedua Projek Bangkit TV AlHijrah

TV AlHijrah meneruskan momentum inspirasi rakyat dengan tayangan episod kedua Projek Bangkit pada Sabtu lalu…

6 days ago

Zain Bhikha Studios Revives a Timeless Classic with “A Child’s Prayer”

After more than two decades of touching hearts across the globe, Zain Bhikha breathes new…

1 week ago

Zain Bhikha Studios Re-Releases “Can’t You See” – A Message of Faith and Resilience for Today’s Youth

Nearly two decades after its first release, Zain Bhikha Studios has breathed new life into…

2 weeks ago

MAIWP dan TV AlHijrah Jalin Kerjasama, Terbit Program Realiti Usahawan – “Projek Bangkit”

TV AlHijrah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai langkah…

2 weeks ago