“Doakan Saya Dan Rabbani” – Azadan

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba terpampang di sebuah akhbar tempatan melaporkan berita seorang ahli kumpulan nasyid tersohor tanahair ingin mengundur diri. Anggota kumpulan nasyid yang mula bertapak sejak tahun 1997 itu dilapor sedang mempertimbangkan keputusannya untuk keluar daripada kumpulan nasyid tersebut.

Beliau yang dimaksudkan adalah Azadan Abdul Aziz, anggota kumpulan nasyid Rabbani. Memetik laporan akhbar tersebut, Azadan dikatakan sedang mempertimbangkan keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan nasyid Rabbani yang merupakan kumpulan nasyid paling berpengaruh itu.

Berita ini sememangnya mengejutkan ramai pihak khususnya para peminat nasyid yang mula mengikuti perkembangan Rabbani sejak awal penubuhannya lagi. Bagi pihak Munsyeed, perkara ini sememangnya menjadi tanda tanya dan perbincangan hangat dikalangan staff lantaran pada pandangan kasar, Rabbani dilihat sebagai kumpulan yang tidak bermasalah dan aktif memenuhi undangan persembahan di serata Malaysia.

Sukar Meninggalkan Rabbani

Mengelak daripada terus berteka-teki, wakil Munsyeed segera mendapatkan respon daripada tuan punya badan bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat yang sebenar. Pihak Munsyeed telah menghubungi Azadan dan mendapatkan penjelasan yang sewajarnya rentetan daripada berita yang telah dilaporkan tersebut.

Jelas Azadan, berita tersebut sememangnya dilaporkan setelah beliau diwawancara sendiri oleh wartawan akhbar berkenaan. Beliau sendiri terkejut diajukan soalan sedemikian sedangkan majlis yang berlansung pada waktu itu tidak pula diutamakan tetapi soalan seperti ini pula yang diberi perhatian.

“Memang benar, apa yang akhbar berkenaan tulis, adalah berdasarkan daripada kenyataan saya”, jelas Azadan.

“Sememangnya hasrat untuk meninggalkan Rabbani telah saya fikirkan sejak lama dahulu. Sejak Allahyarham Asri (bekas penyanyi utama Rabbani) masih ada pun saya ada luahkan hasrat ini, tetapi dihalang oleh beliau”, tambah Azadan lagi.

“Cukup sukar untuk saya meninggalkan Rabbani”, luah Azadan kepada wakil Munsyeed bagi menyatakan Rabbani sememangnya memberi kesan yang mendalam dalam kehidupannya.

Rindukan Allahyarham Ustaz Asri

Berita seperti ini pastinya menimbulkan tanda tanya segenap pihak. Sekian lama Azadan berjuang bersama Rabbani, secara tiba-tiba Azadan memikirkan keputusan seperti ini. Pastinya ada sesuatu perkara yang bersarang di hati penasyid berkenaan hingga memikirkan keputusan yang begitu drastik.

Pihak Munsyeed seterusnya bertanyakan kepada Azadan apakah punca yang menyebabkan beliau menyatakan hasrat untuk meninggalkan Rabbani. Antara lain, beliau menyatakan bahawa dirinya semakin sibuk dengan urusan seharian, hinggakan kadangkala tidak dapat memberikan tumpuan dan masa kepada Rabbani. Beliau berasa bersalah jika disebabkannya, teman-teman Rabbani yang lain akan menjadi sukar untuk melaksanakan kerja.

Pihak Munsyeed merasakan alasan seperti itu agak tidak terlalu kuat bagi mewajarkan hasrat untuk seseorang menarik diri daripada kumpulan yang telah dianggotai sejak bertahun lamanya. Pastinya ada alasan yang lebih kuat hingga menyebabkan beliau membuat keputusan yang sangat besar dalam hidupnya. Akhirnya Azadan memberitahu punca utama yang menyebabkan beliau berfikir untuk meninggalkan Rabbani.

“Saya sebenarnya sangat rindukan Allahyarham”, satu ayat yang mungkin ringkas tetapi memberi maksud yang sangat mendalam.

“Sampai ke hari ini, saya masih tidak dapat melupakan Allahyarham. Bagi saya, Allahyarham memang tidak ada pengganti. Saya antara yang paling rapat dengannya. Sejak zaman sebelum Rabbani lagi kami sudah bersama. Kehilangan Allahyarham sangat memberi kesan kepada saya. Walaupun telah lama Allahyarham meninggalkan kita, tetapi bagi saya Allahyarham sangat dekat setiap masa”, tambah Azadan yang pastinya menggamit memori dan emosi yang tersendiri.

“Mungkin apabila saya tidak bersama dengan Rabbani, perasaan itu dapat dijauhkan”, cetus Azadan lagi.

Doakan Saya Terus Bersama Rabbani

Pastinya situasi ini memberi tanggapan berbeza bagi setiap pihak. Bagi pihak Azadan, beliau juga mengakui sangat sayangkan Rabbani kerana di kalangan mereka sudah seperti adik beradik. Jatuh bangun Rabbani telah mereka harungi bersama-sama dan pastinya hasrat menarik diri ini adalah satu keputusan yang diluar jangkaan.

“Saya masih lagi ahli Rabbani. Saya berusaha untuk terus kekal bersama Rabbani. Doakan saya”, ungkap Azadan mengakhiri perbualan antara beliau dan juga pihak Munsyeed.

Kami di Munsyeed Dot Com mendoakan agar Azadan dapat menguatkan semangat dan terus kekal bersama dengan Rabbani. Harungi segala rintangan dan cabaran termasuklah ujian dalam diri sendiri itu dengan ketabahan dan kecekalan hati. Rabbani adalah warisan peninggalan daripada Allahyarham, Azadan harus terus menjaganya sepertimana Allahyarham menjaga Rabbani hingga nafas nyawanya yang terakhir.

Azadan, kami bersama anda untuk terus kekal bersama Rabbani!

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago