Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2014 Bermula Hari ini

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa bagi tahun 2014/1435H akan bermula pada malam ini. Majlis musabaqah tahunan ini memasuki tahun ke-56 penganjurannya pada tahun ini.

Lebih menarik, pada tahun ini Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa akan turut menampilkan segmen baharu iaitu Hafazan Al-Quran.

Pihak kami difahamkan yang Majlis Hafazan Al-Quran akan berlangsung di sebelah siang manakala Majlis Tilawah pula akan diadakan pada sebelah malam.

Masih mengekalkan lokasi yang sama di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur, Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ini akan disertai Qari dan Qariah dari pelbagai negara. Tidak ketinggalan, pada tahun ini, buat pertama kali negara Amerika Syarikat menghantar wakil mereka bagi menyertai acara ini.

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2014/1435H akan berlangsung dari 16 hingga 21 Jun 2014 bertempat di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.

Majlis Perasmian akan berlangsung pada malam ini, Isnin, 16 Jun 2014 bermula jam 8.45 malam. Acara perasmian ini akan disiarkan secara langsung di saluran TV1, radio IKIM.FM dan Nasional FM.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago