Sami Yusuf Janji Yang Terbaik Untuk Album Ke-5

Artis antarabangsa terkenal, Sami Yusuf akan lancar album studio ke-5 tidak lama lagi. Dalam status Facebook yang disiarkan baru-baru ini, Sami Yusuf mengumumkan yang album terbaru beliau dijadualkan bakal mula menemui peminat dalam masa terdekat.

Sami Yusuf juga turut memberitahu yag beliau bekerja keras selama beberapa bulan kebelakangan ini bagi menghasilkan yang terbaik untuk album ke-5 ini.

“Saya telah bekerja keras tanpa henti dalam minggu-minggu kebelakangan ini yang mana kebanyakkannya secara rahsia dan saya berharap para peminat akan menyukainya.” ujar Sami.

Beliau turut menambah. album ke-5 ini adalah album terbaik yang pernah beliau hasilkan dan beliau berharap agar album ini nanti dapat diterima peminat sebaik mungkin.

Sami Yusuf dan A.R. Rahman

Dalam pada itu, pada awal bulan ini, Sami Yusuf ada memuatnaik gambar beliau dan komposer terkenal (Bollywood) A.R. Rahman di akaun sosial Facebook beliau. Adakah A.R. Rahman antara komposer dan pemuzik yang terlibat dalam album terbaru Sami Yusuf? Kita nantikan kemunculan album ini!

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago