Edcoustic Umum Pembubaran Edcoustic
Setelah lebih sedekad berjuang dalam industri muzik, akhirnya Edcoustic akur dan mengumumkan pembubaran mereka menerusi laman sosial Twitter lewat malam semalam. Edcoustic, kumpulan religi paling popular di Indonesia dan nusantara ini mula berkecimpung dalam industri muzik seawal tahun 2002. Popular menerusi lagu Muhasabah Cinta, nama Edcoustic melonjak naik di Indonesia dan juga negara-negara jiran yang menggemari lagu tersebut.
Dianggotai oleh Aden selaku vokalis dan Eggie sebagai gitaris, Edcoustic telah mempunyai 2 album utama, 1 album repack dan sebuah album kompilasi sepanjang 10 tahun dalam karier seni.
Punca Edcoustic mengumumkan pembubaran masih tidak dapat dikenalpasti. Tetapi Tweet Edcoustic yang menyusul selepas pengumuman pembubaran sedikit sebanyak memberi hint kepada peminat.
Pertengkaran Kecil – Edcoustic
Adakah berlaku pertengkaran diantara Aden dan Eggie sehingga mendesak Edcoustic mengumumkan pembubaran? Hanya Edcoustic yang mempunyai jawapan.
Pun begitu, jangan cepat panik kerana bubar yang dimaksudkan oleh Edcoustic lewat malam semalam merujuk kepada Bikin Album Baru (Bubar). Jadi, Edcoustic tidak dibubarkan. Mungkin ini gimik Edcoustic kepada peminat mereka selepas kejadian sekatan video mereka yang dibuat oleh Astro Malaysia di laman Youtube.Klik sini.
Perkara ini disahkan oleh Edcoustic melalui tweet mereka awal pagi ini.
Edcoustic Umum Album Baru 2013
Menurut Edcoustic, mereka sedang sibuk mengumpul material dan merakamkan beberapa buah lagu untuk album terbaru mereka. Dijangkakan, album terbaru Edcoustic akan mula menemui para peminat pada tahun ini juga.
Difahamkan, Edcoustic bakal bekerjasama dengan pengusaha fesyen Muslim terbesar di Indonesia untuk tujuan pengedaran album bagi pasaran Indonesia. Manakala bagi pasaran Malaysia, Edcoustic akan memberikan hak pengedaran eksklusif kepada Inteam Records Sdn Bhd.
Sama-sama kita nantikan kemunculan album terbaru Edcoustic!
– Munsyeed{Dot}Com
p/s: Kami pengen Edcoustic feat Ali dalam lagu Azalia. 🙂