Categories: BeritaInternational

[Panas] Astro Sekat Video Muhasabah Cinta

Edcoustic dan Bima

Syarikat televisyen berbayar No 1 Malaysia, Astro Malaysia melalui anak syarikat Digital Five Sdn Bhd telah menyekat penyiaran video klip Muhasabah Cinta nyanyian artis popular Indonesia, Edcoustic feat Bima di laman Youtube.Com. Video yang dihasilkan sepenuhnya di Malaysia ini merupakan terbitan Inteam Records Sdn Bhd, syarikat yang dilantik oleh Edcoustic untuk mengedar album-album mereka secara eksklusif di Malaysia.

Video Muhasabah Cinta nyanyian Edcoustic disekat oleh Astro Malaysia

Sekatan ini nyata membingungkan beberapa pihak termasuk Inteam Records dan TheVideographerz International; produksi yang terlibat dalam menghasilkan video klip tersebut. Ini kerana, video klip tersebut adalah hasil terbitan Inteam Records Sdn Bhd dengan kerjasama CV Kreavisi milik Edcoustic.

Menurut Muhammad Hazamin Harun atau lebih dikenali sebagai Amin Inteam, pihak Inteam Records telah menghantar email kepada pihak Astro untuk menuntut kembali siaran video klip Muhasabah Cinta di laman Youtube.Com.

“Saya sudah email berkenaan perkara ini kepada pihak astro. InshaAllah saya akan forward email juga kepada youtube untuk makluman mereka.” jelas Amin Inteam selaku Pengarah Eksekutif di Inteam Records Sdn Bhd.

Sekatan ini menyebabkan sebilangan besar peminat Edcoustic gagal menonton video klip tersebut sejak beberapa hari lepas.

Kami di Munsyeed{Dot}Com berharap isu sekatan ini dapat diselesaikan dengan baik antara Inteam Records Sdn Bhd dan juga Astro Malaysia. Mungkin berlaku salah faham di pihak Astro ketika menuntut hak penyiaran video-video milik mereka di laman Youtube.Com. Sama-sama kita bersangka baik dan berdoa semoga segalanya dapat diselesaikan dengan baik secepat mungkin.

-Munsyeed{Dot}Com

[alert size=”alert-block”]TERKINI! 7 Februari 2013: Sekatan keatas video klip Muhasabah Cinta yang dibuat oleh Astro di laman YouTube telah ditarik balik. Tahniah kepada Edcoustic, Inteam Records dan juga Astro kerana berjaya menyelesaikan salah faham yang berlaku dengan baik. 🙂 [/alert]

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago