Categories: BeritaTempatanTerkini

Eksklusif- NasyidFM Disabotaj?

Minggu lalu, pihak Munsyeed menerima satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Admin FB Fan Page NasyidFM. Dalam kenyataan tersebut, pihak NasyidFM menyatakan bahawa Radio Streaming Nasyid Pertama Malaysia, NasyidFM, tidak lagi diuruskan oleh syarikat NasyidFM Media Network. Berita penstrukturan semula NasyidFM telahpun kami siarkan di Munsyeed.com. Sebagai rujukan, sila klik- NasyidFM Dalam Proses Pengambilalihan.

Pun begitu, selang beberapa hari, kami lihat Facebook Rasmi Devotees ada mempromosi satu laman Facebook yang menggunakan nama NasyidFM. Setelah diteliti, ternyata akaun ini berbeza dengan akaun asal NasyidFM yang terdahulu. Untuk mendapatkan kepastian, kami meminta no telefon Pengasas NasyidFM daripada Muhammad dan Halim dari kumpulan Devotees.

DJ Firdaus merupakan pengasas NasyidFM yang juga bertindak sebagai Pengarah NasyidFM Media Network dan DJ di NasyidFM sendiri. Belum sempat kami menghubungi beliau, tuan punya badan telah mengambil inisiatif menghubungi kami untuk menerangkan segala kekusutan yang berlaku. Menurut Firdaus, beliau sedia maklum dengan kekeliruan yang timbul dikalangan para pendengar NasyidFM mengenai status sebenar NasyidFM pada ketika ini. Beliau turut melahirkan rasa kesalnya berhubung kejadian yang tidak diingini ini.

Firdaus yang mengasaskan NasyidFM pada 2006 mengakui, masalah ini timbul berpunca daripada sedikit salah faham yang berlaku antara pihak NasyidFM Media Network dan pihak penaja web NasyidFM. Salah faham tersebut telah membawa kepada masalah, dimana mereka telah dinafikan hak untuk menguruskan radio online yang mereka asaskan sendiri.

“Buat sementara waktu, saya menyeru para pendengar setia NasyidFM untuk ke laman web www.nasyidfm.com.my untuk mendengar siaran Radio NasyidFM. Para pendengar juga boleh melayari Fan Page NasyidFM terbaru di www.facebook.com/radionasyidfm .” Ujar Firdaus.

DJ Firdaus juga berharap agar para pendengar NasyidFM tetap setia mendengar radio NasyidFM di www.nasyidfm.com.my dan menghebahkan kepada sahabat handai mengenai perubahan laman web NasyidFM tersebut. -MUNSYEED.COM

KENYATAAN RASMI MUNSYEED.COM

  1. Merujuk kepada berita NasyidFM Dalam Proses Pengambil Alihan di laman Munsyeed.com, berita tersebut diterbitkan dalam keadaan kami percaya (secara bona fide) bahawa kenyataan media tersebut dikeluarkan oleh pihak admin Facebook NasyidFM.
  2. Berita terbaru ini pula- Eksklusif- NasyidFM Disabotaj?, merupakan berita yang kami siarkan berdasarkan berita terkini yang kami perolehi daripada Pengasas NasyidFM yang juga Pengarah Urusan NasyidFM Media Network, Saudara Firdaus.
  3. Selaku media yang mengamalkan prinsip syariah complaiant, kami bertanggungjawab menyiarkan apa juga berita yang kami rasakan benar (pada ketika berita itu diterbitkan) dan kami berhak menyiarkan berita yang mungkin berbeza daripada berita asal yang telah kami keluarkan JIKA kami menjumpai mana-mana berita yang kami rasakan benar (pada ketika berita itu diterbitkan).  Ini untuk memastikan para pembaca mendapatkan maklumat yang benar dan tepat.
  4. Kami berdoa semoga masalah yang timbul di antara 2 pihak di NasyidFM dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan harmoni, secepat mungkin. Semoga ALLAH memberkati setiap usaha-usaha yang baik dan ikhlas daripada semua individu yang terlibat.

MUNSYEED.COM

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago