Categories: Terkini

Tutorial Studio – Bahagian 1

TUTORIAL  STUDIO – Bahagian Satu

Assalammmualaikum semua

Alhamdulillah, syukur pada Allah dapat juga saya berpeluang menulis ruangan baru untuk MUNSYEED.COM ini. Sebenarnya, ruangan ini adalah request yang banyak saya dapat daripada kawan-kawan penasyid dan kawan-kawan pemuzik yang baru sahaja mahu berjinak-jinak dalam bidang rakaman.

Umum maklum, teknologi sudah berkembang. Jika dahulu, rakaman album perlu dibuat di studio rakaman yang besar, peralatan yang mahal dan kos yang sangat tinggi. Akan tetapi, keadaannya sudah berbeza sekarang.

Dengan bantuan teknologi, komputer dan sedikit pengetahuan asas, kini nak merakamkan album pun boleh dilakukan di homestudio, dengan kos yang jauh lebih murah. Malah, saya sendiri pernah mendengar beberapa material lagu yag dirakam di homestudio mempunyai kualiti yang baik, ada diantaranya yang setanding dengan lagu yang dirakamkan di studio-studio besar.

Di studio-studio rakaman yang biasa, memanglah equipmentnya besar, mahal. Dengan mixer consolenya, outboard, preamp dan sebagainya. Namun seiring dengan perkembangan teknologi, semua ini sudah boleh dirakam di rumah.

Perbezaan kos juga dapat dilihat. Jika melakukan rakaman album secara profiesional di studio, kos satu album ada kalanya boleh menjangkau RM30,000 hingga RM50,000. Ini termasuk sewa studio yang adakalanya menjangkau RM80 sejam, kos membuat susunan muzik dan sebagainya.

Untuk homestudio pula, katakanlah kita sudah mempunyai komputer yang baik, kos untuk membeli kesemua peralatan rakaman boleh menjangkau semurah RM2000, termasuk audio interface, mikrofon yang bagus, speaker monitor dan sebagainya.

Apa kelebihannya merakam di homestudio berbanding di studio rakaman profesional? Pertama sekali, menjimatkan kos kerana kita sudah tidak  perlu risau akan soal harga sewaan studio. Rakamlah seberapa lama sekalipun, dan kita boleh bereksperimentasi dengan pelbagai teknik rakaman. Secara tidak langsung, dapatlah jugak mengembangkan pengalaman ye tak?

Walaubagaimanapun, ada beberapa factor yang perlu kita ambil kira sebelum kita merakam album. Peralatan, pengetahuan dan teknik merakam. Semua itu insyaallah saya akan kupas saatu persatu dalam ruangan ini. Ia juga mungkin berguna untuk para pembaca bagi mengetahui bagaimana proses sebenar merakam album.

Apapun, Saya sertakan disini, perbezaan diantara studio rakaman dan homestudio

STUDIO RAKAMAN PROFESIONAL HOME STUDIO
KOS PERALATAN Mencecah ratusan ribu Semurah RM1000
Sewaan Bermula daripada RM50 sejam Percuma, bila-bila masa sahaja
Jurutera bunyi Berpengalaman Belajar sendiri, ‘try n error’, akan tetapi boleh tambah pengetahuan
Kualiti Profesional Berbekalkankan  sedikit pengetahuan dan kesabaran, ia akan jadi seakan kualiti studio profiesional
TEKANAN Terpaksa mengikut kehendak penerbit, mengejar jam dan sewaan studio Mempunyai kebebasan, secara tidak langsung meningkatkan kreativiti

Pada bahagian akan datang, saya akan terangkan tentang asas rakaman, apa yang diperlukan, peralatan dan sebagainya. Till then!

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago