Categories: Terkini

Eksklusif- TV AlHijrah Tarik Diri Dari Islamic Song Festival

Berikut adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat Stesen TV AlHijrah mengenai isu penarikan diri TV AlHijrah sebagai stesen penyiar rasmi Islamic Song Festival 2011.

Kenyataan Media

TV AlHijrah Menarik Diri Sebagai Penyiar Rasmi Islamic Song Festival Edisi Ke-2.

29.April.2011.

Assalamualaikum wbt.

Adalah dimaklumkan bahawa TV AlHijrah tidaklagi terbabit sebagai stesen penyiar rasmi kepada Islamic Song Festival Edisi Ke-2 yang akan berlangsung pada 30.April.2011 dan 1.Mei.2011 bertempat di Dewan  Plenary, Pusat Konvensyen KLCC.

Berdasarkan persetujuan melalui rundingan, pembabitan TV AlHijrah dalam ISF edisi ke-2 hanyalah sebagai stesen penyiar rasmi bagi menyokong perkembangan muzik yang bertemakan Islam.

Namun demikian, pihak kami mendapati, pihak yang berkenaan tidak dapat memenuhi obligasi mereka sepertimana persetujuan yang diberikan. Keadaan ini bukan sahaja telah menjejaskan persiapan acara ini tetapi ia juga telah menimbulkan konflik atau masalah dengan pihak-pihak lain.

Hal ini akan menjejaskan kredibiliti dan imej kami sebagai sebuah stesen televisyen. Oleh itu pihak kami telah memutuskan untuk menarik diri sebagai stesen penyiar rasmi ISF Edisi ke-2.

Sekian, wassalam.

Unit Komunikasi Korporat,
TV AlHijrah.

*Kenyataan Media ini dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat Tv AlHijrah pada 29.April.2011.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago