Malam Pertama Islamic Song Festival Ditunda

Pihak Munsyeed.com dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa Islamic Song Festival Edisi ke-2 untuk malam pertama yang dijadualkan berlangsung pada 30.April.2011 jam 7.45malam di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen KLCC terpaksa ditunda.

Islamic Song Festival Edisi 2 untuk malam pertama terpaksa ditunda ke esok hari, 1.Mei.2011 jam 3petang atas isu-isu teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pihak pengurusan ISF juga memaklumkan bahawa untuk festival hari kedua yang dijadualkan berlangsung pada 1.mei.2011 jam 7.45malam akan kekal berjalan seperti biasa. Perubahan masa hanya berlaku untuk festival malam pertama sahaja.

Mengulas mengenai isu penundaan tarikh dan masa festival untuk malam pertama, pihak pengurusan memohon maaf di atas penundaan festival tersebut ke tarikh dan waktu baharu dan menyatakan kesediaan pihak penganjur untuk mengembalikan duit (refund) bagi pembeli tiket yang mahu melakukan refund. Akan tetapi, mereka yang menuntut kembali duit, tidak akan berpeluang untuk menonton festival pada 1.Mei.2011, jam 3petang yang telah disusun semula jadualnya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi pihak penganjur di talian 03-7782 1332. -MUNSYEED.COM

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago