Categories: Terkini

Facebook Bunuh Kemeriahan Forum Nasyid?

FACEBOOK MEMBUNUH FORUM NASYID?

Assalammualaikum, dan salam sejahtera.

Jika ramai yang perasan, satu ketika dulu forum-forum artis nasyid hangat diperkatakan. Tak salah saya, sekitar tiga hingga lima tahun dulu.

Forum-forum seperti Sahabat Hijjaz, Mestica, Kerabat Devotees, Komuniti Teman Inteam , Forum Nasyeed.com dan sebagainya menjadi platform mengikat tali ukhwah diantara peminat dengan artis itu sendiri. Kemeriahannya cukup terselah, baik ketika membicarakan program ilmiah, mahupun ketika berbual santai sesama sendiri.

Saya masih ingat apabila bersama rakan-rakan seperjuangan, pergi ke satu forum ke forum yang lain untuk melihat sendiri kelainan setiap forum. Yelah, ada  forum yang melebihkan unsur keislaman antara ahlinya, dan ada pula yang bersifat gila-gila. Macam-macam ragam former dapat dilihat.

Kemuncaknya apabila ada program mahu dijalankan. Masing-masing riuh rendah di forum, mahu memastikan semuanya lancar. Ada pula yang jenis tukang promosi ke forum lain, dan secara tak langsung, dapat mengenal fan  club artis nasyid yang lain.

Tapi itu dulu… Kemunculan Facebook sebagai laman sosial seakan membunuh kemeriahan forum-forum nasyid. Peminat nasyid pula lebih gemar bergayut di Facebook, membaca dan membalas komen dan status.

Sekarang boleh dibilang dengan jari berapa forum nasyid yang masih tinggal. Kalau ada pun, ‘semak dan lalang’nya sudah tinggi, posting-postingnya sudah lama tak berbalas dan ada topic yang tergantung tak bertali.

Lain pula di Facebook. Platformnya lebih universal, dan peminat tak perlu mendaftar berpuluh kali, cuma klik sahaja ‘like atau tambah rakan untuk ketahui perkembangan. Namun, baik forum dan Facebook semuanya ada pro dan kontra sendiri. Semua ada keberbatasan sendiri.

Facebook tak salah, bahkan tiada siapa yang salah dalam hal ni. Cumanya, sesekali saya tersenyum sendiri apabila menyorot kenangan akan kemeriahan forum nasyid satu masa dahulu.

Jika fikirkan, setiap semuanya bermusim. Forum nasyid sudah tamat musimnya. Facebook pula, bila akan tamat? Masa menentukan.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago