Categories: BeritaTempatanTerkini

Faisal AF6 Rancang Buka Farmasi

Faisal AF6

Lama beliau menyepi dari industri muzik. Kali terakhir kami berjumpa dengan Faisal sewaktu beliau di Hospital Sungai Buloh, beberapa jam sebelum beliau menjalani pembedahan membuang ketumbuhan yang ada di kepalanya.

Baru-baru ini kami sempat berhubung dengan Faisal melalui panggilan telefon. Dari nada suaranya, kami meneka Faisal mempunyai banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama para peminat beliau. Ketika dihubungi, Faisal menjelaskan yang beliau sedang bercuti di Langkawi.

Sembuh Dari Penyakit Tumor Otak
Menyentuh mengenai penyakit tumor yang pernah dialaminya, Faisal yang pernah menyertai kumpulan nasyid popular Far East memaklumkan yang beliau kini sudah sembuh sepenuhnya dari penyakit tersebut.

“Alhamdulillah, saya sudah sembuh sepenuhnya setelah menjalani pembedahan dan rawatan secara berkala dari pihak hospital. Namun, kesan dari penyakit tumor tersebut, mata saya masih mengalami rabun dan ia memerlukan masa untuk sembuh.” ujar Faisal.

Gambar terkini Faisal AF6

Menurut Faisal, sewaktu beliau menghidapi tumor otak tempoh hari, tumor tersebut telah menekan saraf mata sehingga menyebabkan beliau mengalami masalah penglihatan yang serius di awal penyakitnya.

Beliau turut menjelaskan yang kesan dari pengambilan ubat-ubatan juga menyebabkan muka beliau kelihatan sedikit bulat berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, beliau syukur apabila sudah sembuh sepenuhnya dari penyakit yang pernah dideritai itu.

Buka Farmasi Cosway
Mengulas mengenai perkembangan terkini beliau, Faisal menceritakan yang beliau sedang menjalani kursus untuk membuka sebuah Farmasi yang dianjurkan oleh pihak Cosway.

“Saya sedang menjalani kursus untuk buka sebuah farmasi Cosway. Kursus tersebut mengambil masa selama 3 bulan. Jika saya memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menunjukkan prestasi yang cemerlang, inshaAllah saya akan buka sebuah farmasi dibawah label Cosway.” cerita Faisal.

Beliau menambah, “Ramai orang kita (melayu)  yang sudah menyertai bisnes ini dan ia mempunyai potensi yang besar. Malah, ada dikalangan artis yang turut menceburi bisnes ini. Antaranya ialah Serina Redzuwan. Saya harap para peminat dapat mendoakan kejayaan saya dalam bisnes ini.”

Karier Seni Suram
Ketika ditanya mengenai perjalanan karier seni beliau, Faisal menjelaskan yang beliau ada mencipta beberapa buah lagu sepanjang proses ‘hibernasi’ beliau. Akan tetapi, lagu-lagu tersebut masih disimpan dan belum berpeluang untuk direkodkan.

Untuk makluman semua, sebelum menyertai Akademi Fantasia, Faisal pernah mengetuai kumpulan Munsyideen sebelum dilamar menjadi ahli kumpulan nasyid Far East.

Akademi Fantasia 2013 – Gimik Astro Untuk Peminat AF
Faisal tidak ketinggalan daripada mengulas program realiti tv Akademi Fantasia yang bakal kembali menemui rakyat Malaysia tahun ini selepas direhatkan oleh pihak Astro.

Ujar Faisal, beliau tidak terkejut apabila Astro kembali menganjurkan program realiti tv itu kerana ia mungkin sebahagian plan promosi Astro untuk kembali menghangatkan Akademi Fantasia yang kurang mendapat sambutan pada musim akhir beberapa tahun lalu.

“Mungkin Astro nak lonjakkan kembali AF seperti diawal kemunculannya dahulu.” ulas Faisal.

Beliau juga turut mengambil kesempatan memberi nasihat kepada para peminat nasyid agar tidak terlalu mengejar populariti dengan menyertai program realiti tv Akademi Fantasia 2013.

“Suasana tidak sama. Saya pernah melaluinya. Niat mesti betul supaya kita tidak mudah terleka dan tersasar. Kalau setakat mahu seronok-seronok dan mengejar populariti semata-mata, saya nasihatkan jangan sertai.”

“Dugaan tinggi apabila kita menyertai AF. Perlu kuat mental,fizikal dan hati apabila menyertai program tersebut. Kepada mereka yang sudah berada didalam nasyid, saya nasihatkan kekallah di jalan ini. ” ulas Faisal sebelum menutup perbualan.

Kami di Munsyeed Dot Com mendoakan semoga Faisal berjaya dalam apa jua bidang yang Faisal ceburi. Kejayaan pastinya memerlukan pengorbanan yang tidak sedikit. Usaha,doa dan tawakal.

– Munsyeed Dot Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago