Categories: BeritaInternational

Universal Edar DVD Sinetron Maher Zain

Pastinya ramai yang sudah mengetahui mengenai sinetron yang dijayakan oleh Maher Zain dan beberapa selebriti terkenal di Indonesia. Sinetron berjudul InsyaAllah Ada Jalan merupakan sinetron pertama yang dilakonkan oleh Maher Zain.

Menurut cerita yang kami perolehi, bukan mudah untuk memujuk Maher Zain melibatkan diri dalam bidang lakonan. Tetapi, tim produksi sinetron ini nyata berjaya memujuk figura hebat ini untuk terjun ke dalam bidang lakonan menerusi sinetron InsyaAllah Ada Jalan.

Selepas kejayaan mendapatkan respon positif para penonton mengenai sinetron ini di Indonesia, akhirnya pihak Astro menerusi syarikat Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd telah berjaya mendapatkan lesen menyiarkan sinetron popular ini bagi pasaran Malaysia. Sinetron ini sudah pun mula ditayangkan di saluran Astro menerusi Astro Oasis.

DVD Sinetron Maher Zain Ada Jalannya edaran Universal Music. Sumber: Instagram @Munsyeed

Tidak terhenti setakat itu, pihak Astro turut memberikan kebenaran dan hak edaran eksklusif kepada Universal Music Malaysia untuk mengedarkan sinetron ini dalam bentuk DVD bagi pasaran Malaysia.

Jadi, kepada mereka yang tidak berpeluang menonton sinetron InsyaAllah Ada Jalan lakonan Maher Zain di saluran Astro, anda boleh segera ke mana-mana kedai muzik yang berdekatan untuk mendapatkan DVD sinetron ini. Sokong industri hiburan Islami dengan membeli hanya yang original. Harga DVD ini ialah RM49.90. Menampilkan 20 episod dalam 4 DVD.

Salah satu scene dalamsinetron InsyaAllah Ada Jalan lakonan Maher Zain dan Fadly

Sedikit sinopsis mengenai sinetron InsyaAllah Ada Jalan
InsyaAllah Ada Jalan adalah sebuah drama (sinetron) yang mengisahkan tentang perjalanan Maher Zain untuk menemui sahabatnya, Ustaz Basofi di Indonesia. Dalam usaha mencari sahabatnya itu, Maher Zain bertemu dengan Fadli yang kemudiannya menawarkan bantuan untuk sama-sama mencari Ustaz Basofi. Dari sinilah kisah perjalanan mereka bermula.

Banyak pengajaran berharga dan hikmah kehidupan yang dipelajari mereka melalui kisah hidup beberapa orang dan keluarga yang mereka temui sepanjang perjalanan itu. Antaranya Simin; lelaki miskin yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan kisah ikan busuknya.

Selain itu,Maher Zain dan Fadli juga turut bertemu dengan sepasang suami isteri bernama Reva dan Agung yang sudah bertahun-tahun berumahtangga tetapi masih belum menerima zuriat. Kisah pasangan ini menjadi rumit kerana ia turut melibatkan kecurangan salah seorang pasangan tersebut. Ingin tahu lebih lanjut? Tonton sinetron ini!

Walaupun kali pertama berlakon, Maher Zain berjaya menampilkan gaya lakonan bersahaja dengan baik sekali.

Menariknya, di akhir kisah,Maher Zain dan Fadli akan berkongsi hikmah dan pelajaran berharga dari setiap permasalahan kehidupan yang menimpa setiap orang dan keluarga yang mereka temui. Dari semua masalah itu, InsyaAllah Ada Jalan keluar yang terbaik daripada Allah SWT.

Selain Maher Zain dan Fadly Padi, drama bersiri 20 episod ini turut menampilkan bintang Indonesiaseperti Tommy Kurniawan, Jian Batari, Natasya Putri dan Lang Project P.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago