Categories: BeritaTempatanTerkini

Farhan Juara Da’i Pendakwah Milenia Musim Ke-2

Tahniah diucapkan kepada Da’i Farhan yang telah dinobatkan sebagai Juara Da’i Pendakwah Milenia Musim Ke-2. Da’i Farhan yang merupakan anak kelahiran Kelantan telah diumumkan sebagai juara di pentas akhir Da’i Pendakwah Milenia Musim Ke-2 yang berlangsung pada Jumaat lepas, 17 Oktober 2014.

Da’i Farhan, 24 tahun, telah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.00 beserta trofi kejuaraan. Manakala Da’i Ammar dan Da’i Izhar, masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5,000.00 dan hadiah iringan.

Sedikit info mengenai Da’i Farhan.

Da’i Farhan

  • Nama Penuh: Nik Ahmad Farhan Bin Nik Muhamad
  • Umur: 24 tahun
  • Asal: Tanah Merah, Kelantan.
  • Kursus: Pendidikan Islam dan Pengajian Al-Quran, Universiti Malaya.
  • Mendapat pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab di sebuah sekolah pondok di Kelantan.
  • Pernah menjadi penyerang bagi pasukan bola sepak Kelantan bawah 17 tahun pada 2007.
  • Kini aktif sebagai motivator dan pendakwah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Da’i Farhan dan semua peserta Da’i Pendakwah Milenia Musim ke-2. Teruskan usaha dakwah anda kerana lapangan dakwah di luar pentas sentiasa memerlukan sentuhan kreatif anda.

Kepada TV3 dan semua yang terlibat dalam menjayakan program Da’i Pendakwah Milenia Musim Ke-2, syabas kami ucapkan!

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

6 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

6 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

6 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

6 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

6 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

6 months ago