Biarpun mereka boleh dikatakan masih ‘hijau’ di dalam industri, sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Fetya tidak menjadikan status tersebut sebagai penentu kualiti penyampaian mereka. Tetap cekal menongkah arus pasaran nasyid di Malaysia yang penuh dengan lagu-lagu pop dan balada, Fetya kekal berdiri dengan cara dan gaya mereka tersendiri.
Bagi meneruskan kesinambungan karya-karya terdahulu yang disifatkan sebagai soft haraki, mereka kini terus melangkah dengan menerbitkan single terbaru berjudul “Kesetiaan Al-Qassam”.
Kesetiaan Al-Qassam kini di iTunes
Menurut wakil jurucakap kumpulan FETYA, Nawfal Ahmad, single terbaru ini merupakan terjemahan lagu asal yang dinyanyikan oleh Wa3ed Band dari Lubnan. Mesejnya yang jelas dan membangkitkan semangat perjuangan menjadi kekuatan utama lagu ini. Tambahnya lagi, berbeza dengan karya-karya sebelumnya, kali ini mereka menggunakan khidmat susunan muzik oleh Kamarul dari Al Farabi Band.
#1 Carta Lagu iTunes
Lagu “Kesetiaan Al-Qassam” telah mencatat rekod kejayaannya tersendiri apabila berjaya menduduki tangga teratas carta lagu keseluruhan iTunes Malaysia pada bulan September yang lalu sekaligus melangkau artis-artis popular antarabangsa antaranya Taylor Swift, Maroon 5 dan juga John Legend. Pencapaian yang diperolehi oleh kumpulan ini menerusi percubaan pertama mereka di pasaran digital nyata membuktikan kewibawaan pada karya serta mesej yang ingin disampaikan.
Kedudukan Kesetiaan Al-Qassam di carta iTunes September lalu.
Adakah ini petanda awal kewujudan satu fenomena baru yang bakal menerjah industri muzik tanahair selepas Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun? Sama-sama kita saksikan perkembangan mereka selepas ini.
Lagu “Kesetiaan Al-Qassam” boleh didapati secara eksklusif melalui muat turun lagu di iTunes store buat masa ini.
[button type=”link” link=”http://on.munsyeed.com/KAQ” size=”btn-medium” variation=”btn-success” target=”blank”]Download[/button]
– Munsyeed Dot Com