[carousel arrows=”display” buttons=”display” caption=”display”]
[panel description=”Allahyarham Firdaus @ Bob NOWSEEHEART”]
[/panel]
[panel description=”Persembahan Allahyarham Firdaus bersama NOWSEEHEART di TV Al-Hijrah”]
[/panel]
[panel description=”Album terakhir Firdaus bersama Nowseeheart – Kembali yang diterbitkan oleh Arteffects International”]
[/panel]
[/carousel]
Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.
Dari Allah kita datang dan kepada Nya lah kita kembali.
Dunia hiburan Islam hari ini menerima pengkhabaran yang pahit untuk diterima. Bekas anggota kumpulan nasyid popular tanahair Nowseeheart, Ahmad Firdaus Baharuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Bob telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang sekitar jam 12 awal pagi tadi.
Menurut info yang diterima, Firdaus, 34 tahun, telah dimasukkan ke wad kecemasan pada hari Selasa minggu ini berikutan masalah komplikasi pada buah pinggang, jantung dan paru-paru yang kritikal.
Sepanjang penglibatan Firdaus di dalam dunia seni hiburan, beliau sempat merakamkan beberapa buah album nasyid dan selawat sebelum membuat keputusan yang mengejutkan ramai pihak untuk berundur dari kumpulan Nowseeheart berikutan tuntutan komitmen pada kerjaya serta masalah kesihatan yang tidak mengizinkan pada bulan Januari 2013. Semenjak daripada itu, Nowseeheart meneruskan perjuangan mereka secara berempat tanpa kehadiran Bob dan Mujahid sehingga ke hari ini.
Kami difahamkan jenazah almarhum akan dibawa ke surau Taman Melewar pada pagi ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda.
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Aafihi Wa’fu ‘Anhu
Takziah kami ucapkan buat seluruh ahli keluarga, sahabat serta anggota Nowseeheart yang lain. Semoga terus tabah dan bersabar di atas pemergian ini. Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan yang amat besar buat industri nasyid Malaysia.
[alert variation=”alert-info”][icons icon=”icon-flag”] Kemaskini 16:00 – Beberapa gambar sekitar pengkebumian Almarhum Firdaus oleh Munsyid Malaysia. Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.[/alert]
Antara hadirin yang berhimpun
Antara Munsyid yang hadir
Anggota Nowseeheart mengiringi perjalanan terakhir Almarhum Firdaus @ Bob
Perjalanan terakhir. Semoga tenang di sana.
[alert variation=”alert-info”][icons icon=”icon-flag”] Kemaskini 10:23 – Jenazah sedang diuruskan. [/alert]
[alert variation=”alert-info”][icons icon=”icon-flag”] Kemaskini 09:20 – Alamat Rumah: No.51 Jalan Batu Geliga Dua, Taman Melewar, 68100 Kuala Lumpur. [/alert]
[alert variation=”alert-info”][icons icon=”icon-flag”] Kemaskini 09:17 – Jenazah dijangka akan dikebumikan pada jam 11AM. [/alert]
Respon Artis & Peminat
Alfatihah. Allahyarham Firdaus (Bob NOWSEEHEART) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi
Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.