Categories: BeritaTempatan

Muzik + Dadah = Jahanam!

BERHIBUR DENGAN DADAH… bukanlah satu perkara yang baru. Malah, saya sejak dulu lagi sudah naik muak dengan cerita di dada akhbar dan media lain yang tak putus-putus mengaitkan industri hiburan dengan tiga elemen ini, alcohol, dadah dan seks.

Saya tidak mahu mengulas perkara ini dari sudut agama dan undang-undang kerana masing-masing dah faham. Cumanya, dari segi kaitan penggunaan dadah ketika berhibur.

Benar, ia sudah lama bermula di luar negara, seawal zaman permulaan muzik moden lagi. Setiap kali apabila bercakap tentang muzik, sudah terbayang dibenak tentang kelab malam, kaberat dan sebagainya. Hatta dengan muzik yang rileks seperti jazz dan blues, ada sahaja perkara buruk yang berkaitan.

Sudah banyak penggiat industri muzik tewas dengan dadah dan bahan terlarang. Seawal zaman Jimi Hendrix, Kurt Cobain (Nirvana) sehinggakan Raja Pop, Michael Jackson turut menjadi mangsa najis yang menjadi musuh no 1 negara ini.

Di Malaysia, ia juga bukanlah perkara baru. Malah, ramai juga artis kita yang menerima bahana angkara perkara ini. Cuma artis kita di sini tidak seteruk di luar sana, terkorban angkara najis durjana itu. Paling kuat pun, dipenjara dan disebat. Malah selepas dibebaskan pun, nama mereka masih laku, masih disanjung.

Benar, kesan dadah mampu membuatkan seorang performer itu lebih bertenaga. Tak hairanlah, di luar negara ada artis dan band boleh membuat persembahan tanpa henti selama tiga jam. Malah jika kita tengok jadual tour mereka, sangat padat. Perlukan tenaga. Tetapi masalah akan timbul bila dadah itu diambil secara tidak terkawal atau dalam erti kata lain, overdose.

Di Malaysia, isu ini lebih tertumpu pada penggunjung kelab-kelab malam yang gemar berhibur di pub, disko dan tak terkecuali kelab dangdut. Sejak zaman dulu lagi, isu clubbing dengan bahan terlarang ini dah lama diperkatakan,  bermula dari zaman  disko Jalan Telawi Bangsar, Feng Tau Kompleks Wilayah dan kini menjalar di segitiga emas Bukit Bintang-Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee. Bayangkanlah, kalau dah high, clubbing sampai subuh pun boleh!

Dan bila kita dikhabarkan dengan kejadian pengunjung konsert ‘clubbing open’ di Bukit Jalil minggu lepas, saya langsung tak kerkejut. Kerana saya sudah biasa sangat dengar kejadian ‘mulut berbuih’ dikalangan kaki clubbing. Cumanya, terkilan juga kerana masih  ramai yang tidak sedar akan bahayanya penggunaan dadah ketika berhibur.

Kalau dulu kita biasa mendengar penggunaan ganja, heroin, kokain, marijuana. Namun, dadah sintetik ‘alaf baru’ lebih menakutkan. Ice, Syahbu, pil kuda, ecstasy menjadi pilihan, yang kandungannya dikatakan 250% lebih bahaya daripada dadah asli seperti ganja. Manakan tidak, entah apa-apa bahan kimia yang dibancuh. INGAT, LAGI CEPAT HIGH, LAGI CEPAT MATI!

Saya ingin tegaskan disini. Muzik ialah muzik. Namun, muzik itu akan dilihat ‘jahat’ dek kelakuan peminat dan pemuzik sendiri. Sebagai contoh, muzik rock akan dilihat ‘selekeh’ dek kerana perangai, penampilan rockers. Muzik techno pula dilihat jahat kerana peminat dan penghiburnya. Sudahnya, segala macam jenis muzik akan dilihat sebagai HARAM!

Malas saya nak berkata panjang. Benda dah jadi, ambillah iktibar. Namun, saya masih berharap agar mana-mana jenis genre muzik akan kekal sebagai muzik, bukan sebagai ‘culture’. Tambahan pula, ini bukan budaya kita. Kita ada agama, kita ada adat, kita ada budaya. Jagalah ia.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago