Categories: BeritaTempatan

Gempar! Adi Keluar Saujana?

Gambar Komersial Saujana

Tiada angin, tiada ribut, terdengar desas-desus mengatakan Adi Saujana bakal keluar dari kumpulan nasyid popular, Saujana. Adi atau nama sebenar beliau Ahmad Zuhaidi Bin Abdul Aziz merupakan ahli kumpulan Saujana semenjak 2009.

Memulakan perjalanan seni sebagai ahli kumpulan Farhan, Adi menyertai Saujana pada 2009 selepas pengunduran Idzwan, Faizul dan Hakimi daripada kumpulan nasyid tersebut.

Nota Cinta – Saujana

Sepanjang penglibatan beliau di dalam kumpulan Saujana, Adi sempat merakamkan album Nota Cinta pada tahun 2010.

Munsyeed cuba menghubungi Adi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu ini.

Ketika dihubungi, Adi tertawa sambil menafikan yang beliau keluar daripada kumpulan Saujana.

Adi menjelaskan yang beliau hanya bercuti daripada sebarang aktiviti seni bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Saya berehat daripada Saujana untuk menemani isteri ke United Kingdom bagi menyambung pengajian di peringkat PhD. Jika ada rezeki, inshaALLAH saya juga akan sambung belajar di peringkat PhD bersama isteri disana.” jelas Adi.

Tambah beliau, hasrat untuk menyambung pelajaran di UK bersama isteri telah disuarakan kepada Saujana.

“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada ahli Saujana yang lain. Alhamdulillah, mereka memahami dan menyambut baik niat saya untuk menyambung pelajaran. Saya akan ke UK selama 3 tahun dan jika ada rezeki, saya akan kembali bersama Saujana nanti.”

Ketika ditanya mengenai siapa yang bakal menggantikan tempat beliau sepanjang ketiadaannya nanti, Adi menyerahkan perkara ini kepada Suffian selaku ketua kumpulan untuk menentukan.

Adi Saujana

Untuk makluman peminat, Adi dan isteri bakal bertolak ke United Kingdom esok, Rabu, 9 Januari 2013 pada jam 11.00 malam. Pihak Munsyeed{Dot}Com mendoakan semoga Adi dan isteri berjaya merangkul PhD dalam bidang masing-masing dan semoga segala urusan mereka disana dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

Adakah Saujana akan kekal bertiga seperti Inteam dan UNIC atau mereka akan muncul dengan ahli baharu? Nantikan pengumuman Saujana di Facebook rasmi mereka. Klik: Facebook Saujana.

– Munsyeed{Dot}Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago