Categories: BeritaTempatan

Terima Kasih Atas Sokongan – Hafiz Hamidun

Telah terbukti, masterpiece hasil karya Hafiz Hamidun, Zikir Terapi Diri telah diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak hairanlah, album ini menjadi buah mulut orang ramai, selain mendapat airplay yang banyak di steses televisyen dan radio.

Dalam undian Album Nasyid Terbaik 2012 pilihan pembaca Munsyeed.Com yang kami anjurkan, terbukti album ini sememangnya layak untuk dinobatkan sebagai album terbaik 2012. Malah, dicelah-celah kegawatan jualan album, album Zikir Terapi Diri mampu mengutip jualan yang direkodkan sebagai album paling laris 2012.

Ketika kami menghubungi beliau sebentar tadi, beliau nyata bersyukur diatas kejayaan album tersebut yang telah banyak membantu memartabatkan industri nasyid.

“Alhamdulillah, Album ini ternyata telah mencipta hubungan yang rapat di antara saya dan pendengar, terus dengan Maha Pencipta.”Kata Hafiz yang turut mengucaap jutaan terima kasih  buat pembaca Munsyeed.Com.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru, beliau sedang giat dalam persiapan konsert Zikir Terapi Diri yang bakal diadakan pada 23 Februari 2013 di Stadium Tertutup Johor Bahru.

“Jangan lupa untuk bersama-sama saya dalam konsert ini nanti ya”Ujarnya ringkas mengakhiri perbualan.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

7 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

7 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

7 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

7 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

7 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

8 months ago