Situasi politik hari ini khususnya di Amerika Syarikat telah melahirkan hostile environment terhadap Muslim. Islamophobia yang seharusnya semakin reda kini kembali marak apabila wujudnya segelintir manusia tidak bertanggungjawab menghidupkan kembali sentimen anti-islam.
Berikutan perkembangan ini, Noor Wazwaz, seorang wartawan dan juga aktivis dari Amerika Syarikat, telah melancarkan kempen #GrabOurHand, sebuah kempen yang bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar kehidupan seorang muslim serta menyanggah karakteristik negatif penganut agama Islam yang cuba dipromosikan oleh media antarabangsa. Turut bersama di dalam kempen ini ialah beberapa personaliti penting termasuk Maher Zain, Raef dan juga Harris J.
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia tidak menjadi penghalang kepada kumpulan-kumpulan nasyid dari Malaysia untuk terus mengharumkan nama negara ke peringkat Antarabangsa.
Baru-baru ini kumpulan Raihan, Rabbani dan Inteam telah dijemput mengadakan persembahan di atas talian untuk sebuah acara tahunan yang dianjurkan di Toronto, Kanada iaitu Reviving Islamic Spirit Covention atau ringkasnya RIS.
Azadan dari kumpulan Rabbani yang baru sahaja memenangi kategori Vokal Terbaik dalam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) baru-baru ini, ketika ditemuramah berkata “Alhamdulillah, hikmah yang baik dari wabak kali ini ialah kami berpeluang mengadakan persembahan di luar negara secara atas talian tanpa perlu meninggalkan keluarga untuk tempoh perjalanan ke luar negara yang lama dan pastinya memenatkan”
“Walaupun tidak dapat ke Kanada, namun mesej dakwah yang kami cuba bawa melalui lagu-lagu nasyid kami masih tetap dapat disebarkan bukan sahaja kepada penonton di Kanada, bahkan seluruh dunia yang menyertai konvensyen secara maya ini” tambah beliau lagi.
Manakala Hazamin dari kumpulan Inteam pula berkata “Alhamdulillah, Anugerah Kembara yang kami perolehi baru-baru ini dalam ANAM 2020 pasti akan menjadi pembakar semangat kami untuk terus mengikut jejak langkah abang-abang kami dari Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers untuk terus melebarkan sayap dakwah ke seluruh dunia melalui Nasyid”
“Kami bersyukur kerana kali ini kami diberi kepercayaan oleh penganjur antarabangsa RIS ini untuk kami menguruskan rakaman kandungan dan pengurusan artis bagi segmen persembahan Artis Malaysia di dalam acara berprestij seperti RIS Convention ini” Tambah Hazamin lagi.
Manakala wakil kumpulan Raihan iaitu saudara Che Amran pula ketika ditanya berkenaan jemputan persembahan Antarabangsa secara atas talian ini menjawab “Alhamdulillah, dari pengalaman kami mengembara ke serata dunia menyampaikan Nasyid, kami lihat Nasyid Malaysia sangat diterima di peringkat antarabangsa, dan kali ini kami berpeluang pula meneruskan persembahan luar negara melalui persembahan norma baharu secara atas talian”
“Saya merasakan, inilah masanya yang sangat sesuai untuk pihak kerajaan Malaysia membantu dan menyokong kumpulan-kumpulan Nasyid membawa nama Malaysia dan menjenamakan Nasyid Malaysia di peringkat antarabangsa. Kami berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama yang menyokong penuh ANAM 2020 baru-baru ini” ujar beliau yang baru menerima Anugerah Khalifah iaitu anugerah khas untuk kumpulan Raihan yang menjadi pencetus fenomena nasyid kontemporari di Malaysia.
Persembahan Raihan, Rabbani dan Inteam telah ditayangkan secara langsung melalui laman sesawang RISConvention.com baru-baru ini pada 27 Disember 2020 dan dapat ditonton oleh peserta-peserta konvensyen tersebut yang membayar tiket bernilai 25 dolar dari seluruh dunia. Mereka telah menyampaikan lagu-lagu antaranya Thank You Allah, Allahu, Ahmad Ya Habibi, Maulana, Qamarun, Salamun Salam, Tola’al Badru dan banyak lagi.
Tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Google sekali lagi telah menerbitkan senarai carian sohor kini sepanjang tahun 2018 yang meliputi pelbagai topik dan kategori mengikut kesesuaian sesebuah negara. Berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh Google Indonesia, penyanyi yang popular dengan lagu cover Deen Assalam, Nissa Sabyan berjaya menduduki tangga teratas bagi carian sohor kini kategori Selebriti sekaligus mengalahkan kumpulan kpop terkenal Blackpink dan Duchess of Sussex, Meghan Markle yang juga merupakan bekas aktress popoular drama bersiri Suits.
Selain itu, carian berkaitan Nissa Sabyan dan Deen Assalam juga berjaya mendapat tempat di dalam 3 daripada 6 kategori carian sohor kini di Google Indonesia. Bagi lagu Deen Assalam, lagu tersebut berjaya menduduki tempat kedua bagi kategori Lagu dan tempat keenam dalam kategori Penulusuran Terpopuler (carian paling popular) manakala carian Nissa Sabyan berada di tangga teratas bagi kategori Selebriti dan nombor 5 untuk kategori Penulusuran Terpopuler.
https://www.youtube.com/watch?v=1OMD_LSELAM
https://www.youtube.com/watch?v=it9lF1DOmgw
Terdahulu, lagu Deen Asssalam daripada Sabyan telah tersenarai di dalam YouTube Rewind Malaysia bagi tahun ini dalam kategori Video Muzik Trending 2018. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mengutip jumlah tontonan sebanyak 179 juta tontonan.
Tidak banyak yang boleh diperkatakan bagi senarai carian sohor kini di Google Malaysia memandangkan tiada carian berkaitan hiburan islam dan positif tersenarai di dalamnya walaupun 2018 boleh dianggap sebagai antara tahun kontroversi yang melibatkan industri nasyid tanah air. Mungkinkah kontroversi itu sebenarnya bersifat membunuh sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Aizat Ikhwan? Kami sendiri tiada jawapannya. Mungkin anda sebagai pembaca dan peminat lebih mengetahui.
Berita baik buat para peminat Nissa Sabyan di Malaysia, beliau bersama anggota kumpulan Sabyan yang lain akan mengadakan konsert di Stadium Malawati, Shah Alam pada 12 Januari 2019. Semestinya ini satu peluang keemasan bagi anda selaku peminat untuk mendekati dan mengenali Sabyan dengan lebih dekat. Layari laman ticket2u untuk sebarang maklumat lanjut dan urusan pembelian tiket konser.
Tahniah kami ucapkan kepada Nissa dan Sabyan atas pencapaian yang membanggakan ini.
Penyanyi dan juga duta antarabangsa UN World Food Program, Sami Yusuf baru sahaja mengumumkan kemunculan album EP terbaru beliau berjudul SAMi. Menerusi perkongsian beliau di laman Facebook, penyanyi yang popular dengan irama Spiritique ini memilih tanggal 23 November 2018 sebagai tarikh pelancaran SAMi, beberapa hari selepas sambutan Maulidur Rasul.
Kulit album EP SAMi
Setelah sekian lama beliau mengetengahkan elemen-elemen tradisional di dalam karyanya sejak beberapa tahun yang lalu, kali ini Sami Yusuf dilihat lebih cenderung untuk menampilkan genre Pop pada setiap lagu yang bakal dihidangkan November ini. Menerusi senarai lagu yang diperlihatkan di laman iTunes, sebanyak 6 buah lagu telah disusun termasuk 2 buah single berjudul Shadowless dan Wanderer yang telah diperkenalkan semenjak awal tahun ini.
Bagi para peminat Sami Yusuf yang ingin menjadi antara yang terawal menikmati album ini, pra-tempahan SAMi boleh dilakukan mulai hari ini melalui iTunes pada harga RM22.90
Terdahulu Sami Yusuf baru sahaja memperkenalkan karya terbaru daripada beliau yang berbentuk instrumental. Selepas ia dipersembahkan secara eksklusif buat pertama kalinya di dalam sebuah konsert di Baku bulan lalu, lagu baru yang diberi judul Breeze itu akan mula diperdengarkan kepada para peminat seluruh dunia secara rasmi mulai 12 Oktober 2018.
Adakah kemunculan album EP kali ini memberikan isyarat akan kemunculan album penuh baru daripada beliau tidak lama lagi? Nantikan.