
Ramadhan 1432H akan menjadi detik paling istimewa buat Hafiz Hamidun apabila buat pertama kali, beliau akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah. Hafiz Hamidun akan mengerjakan ibadah Umrah melalui pakej Umrah- Umrah Eksklusif Awal Ramadhan Bersama Hafiz Hamidun- yang dibawakan khas oleh Zeelwafa Holidays Sdn Bhd.
Bertemakan Nikmat Ramadhan Di Sisi Baitullah, rombongan Umrah ini akan mula bertolak ke Tanah Suci pada 27 Julai 2011 dan akan berada di Tanah Suci hingga 7 Ogos 2011.
Menurut Pengarah Zeelwafa Holidays Sdn Bhd, Al-Hafiz Hj Aidil Fadzli Mesran, pakej Umrah ini cukup istimewa memandangkan ia bakal berlangsung pada waktu Umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan bulan penuh barakah, Ramadhan Al-Mubarak.
“Kami menyediakan pakej umrah yang cukup istimewa dengan menyediakan perkhidmatan terbaik seperti penginapan di hotel bertaraf 5 bintang yang juga menjadi tarikan utama dunia- Safwah Tower Hotel; Hotel Menara Jam yang paling tinggi di Makkah, berhampiran dengan Kaabah, kami juga menggunakan penerbangan Emirates yang cukup eksklusif terus ke Madinah Al-Munawwarah.” Ujar Al-Hafiz Ustaz Hj Aidil.
Beliau turut menambah, pakej Umrah Zeelwafa memang agak tinggi berbanding pakej Umrah yang disediakan oleh syarikat lain. Akan tetapi, jika diukur kepada perkhidmatan yang disediakan, kemudahan bertaraf 5 bintang yang bakal dinikmati, bayaran RM 9,900 sebenarnya terlalu rendah.
“Kami mahu berikan yang terbaik buat masyarakat dalam mengerjakan ibadah Umrah. Justeru, kami sediakan pakej Umrah yang cukup istimewa supaya para peserta dapat menjalani ibadah Umrah dengan lebih selesa dan tenang. Para peserta juga tidak perlu memikirkan soal makanan kerana piha Safwah Tower Hotel juga akan menyediakan juadah berbuka puasa dan bersahur yang termasuk dalam pakej Umrah ini.”
Dengan pakej Umrah yang cukup eksklusif dengan harga yang berpatutan- RM9,900, para peserta akan menikmati segala macam kemudahan dan bantuan termasuk- tiket penerbangan Emirates, penginapan bertaraf 5 bintang di Safwah Twer Hotel, makan minum sepanjang mengerjakan ibadah Umrah, mutawif wanita di Raudhah Rasulullah, bimbingan dan khidmat nasihat sepanjang para peserta berada di Tanah Suci.
Kepada yang berminat, anda boleh menghubungi Zeelwafa Holidays Sdn Bhd di talian 03-6187 3566 atau 03-6193 3566.
Nikmat Ramadhan Disisi Baitullah Zeelwafa-Hafiz Hamidun
(Video Promo Pakej Umrah Awal Ramadhan Bersama Hafiz Hamidun dibawah kelolaan Zeelwafa Holidays Sdn Bhd)
Dalam pada itu, Hafiz Hamidun turut menyeru kepada seluruh umat Islam supaya merebut peluang mengerjakan Ibadah Umrah di bulan yang penuh barakah dan rahmat iaitu Bulan Ramadhan kerana segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan ini akan dilipat gandakan oleh ALLAH swt. Hafiz Hamidun juga berharap semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik buat dirinya dalam meningkatkan amal ibadah kepada ALLAH swt. -MUNSYEED.COM