Categories: BeritaRingkasTerkini

Harapan Artis Untuk Piala FA Malam Ini

Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala FA 2012. Gambar ihsan: laman web abgteror.com

Tahniah buat pasukan Kelantan dan Sime Darby yang layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2012 selepas menang aggregat ke atas pasukan lawan masing-masing. Malam ini merupakan penentuannya. Kehangatan Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala FA 2012 ini nyata turut dirasai oleh semua peminat bola di Malaysia termasuk para artis yang turut gemar sukan nombor 1 ini.

Beberapa orang artis telah ditanya mengenai jangkaan pasukan yang akan memenangi Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala FA 2012 yang akan berlangsung pada malam ini.

 

Fadzli UNIC

“Saya menjangkakan Kelantan akan menang Piala FA Malam ini. Gomo Kelate Gomo!  Apa pun kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan. Positif dengan sebarang keputusan andainya diluar jangkaan. Jangan hanya kerana permainan, hilang saudara, rakan & taulan. Gomo The Red Warrior Gomo!”

– Fadzli UNIC

 

 

Muhammad Devotees

“Untuk Piala FA malam ini, saya jangka perlawanan yang sengit antara kedua-dua pasukan. Saya tidak berpihak mana-mana team tetapi saya rasa Kelantan akan menang tipis 2-1. Sime Darby juga mungkin boleh membuat kejutan malam ini. Apa pun, kepada peminat-peminat, sokonglah dengan semangat kesukanan, jangan nakal-nakal. Sebenarnya saya lebih teruja Final Champions League… hehe.”

-Muhammad Devotess

 

 

Che Am Raihan.

“Go more Klate go more! Klate menang male ni nga agregate 2-0!
Kepada peminat bola: sorak betul-betul, solat betul-betul dan jangan menimbulkan masalah kepada orang lain. Otak cergas pada badan yang sihat! Bersukanlah asalkan asas syariat tidak dilanggar. Sekali lagi… Kelate meme juaro!”

-Che Am Raihan

 

 

 

Syah Inteam dan Irfan Makki

“Saya menjangkakan Kelantan bakal menjaringkan 3 gol manakala Sime Darby 1. Kepada semua penyokong bola sepak, bola bola juga tetapi solat dan aurat mestilah dijaga. 🙂 Semoga segalanya selamat, inshaALLAH.”

-Syah Inteam

 

 

 

Hafiz Hamidun

“Kelantan 3, Sime Darby 1. Kepada para penyokong bola sepak, kekalkan adab kita. Adab melambangkan akhlak kita. Akhlak kita mencerminkan iman kita.”

-Hafiz Hamidun

 

 

Mu’adz

“Buat peminat bola sepak, saya jarang menonton bola sepak. Tetapi malam ini saya rasa Kelantan akan menang 2-0.”

-Mu’adz Dzulkefly.

 

 

 

 

 

Menurut blog www.abgteror.com, pasukan Sime Darby FC akan menyarung jersi berwarna merah pada malam ini manakala pasukan Kelantan FA akan menyarung jersi berwarna putih. Selamat berentap!

“Bersukan sihatkan badan berakhlak sihatkan iman, yang menang merendah diri, yang kalah usaha lagi!”

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago