Categories: BeritaTempatan

Hafiz Hamidun Bantu Mangsa Kemalangan

Tweets pertama Hafiz mengenai kemalangan yang berlaku.

.

Tweets daripada Hafiz Hamidun

.

Artis dan komposer terkenal, Hafiz Hamidun merupakan antara jutaan rakyat Malaysia yang begitu prihatin. Hafiz yang sedang dalam perjalanan ke Kedah untuk menjayakan Konsert BEST anjuran JAKIM telah menyaksikan sebuah kemalangan jalan raya berlaku di depan matanya sendiri apabila kereta dihadapannya terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 3.40 petang tadi.

Hafiz yang berada di tempat kejadian terus memberhentikan keretanya di tepi jalan bersama beberapa orang yang lain untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya tersebut.

Menurut Hafiz, mangsa kemalangan terdiri daripada 2 orang remaja lelaki. Difahamkan, mereka gagal mengawal kereta Mercedes benz yang dipandu apabila berlaku kerosakan di bahagian tayar kereta tersebut. Alhamdulillah, kedua-dua mangsa kemalangan tidak mengalami kecederaan yang serius.

Kejadian berlaku berhampiran susur keluar Tol Gurun, Kedah.

Kereta Mercedes Benz yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Pihak Munsyeed merakamkan ucapan syabas kepada Hafiz Hamidun dan mereka yang terlibat dalam membantu mangsa kemalangan. Sikap prihatin seperti ini wajar dicontohi oleh semua rakyat Malaysia selaras dengan ajaran Islam itu sendiri.

-Munsyeed{Dot}Com

 

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago