Menangi Tiket Konsert Forgive Me Bersama MZMFC

Spread The Love With Maher Zain

Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) dengan kerjasama Marctensia
membawakan
LET’S SPREAD THE LOVE TOGETHER WITH MAHER ZAIN…LIVE IN MALAYSIA!!

 

 

Sudah memiliki tiket konsert Maher Zain “Forgive Me” Live In Malaysia?

Belum?

Mahu mendapatkannya?
Sertai Pertandingan Gambar Kreatif “Spread The Love” DAN anda akan berpeluang untuk memenangi TIKET KONSERT anjuran Marctensia ini!!

Anda hanya perlu menghantar sebuah GAMBAR KREATIF yang mempunyai setiap perkara berikut:

  1. Cover album (original) Maher Zain “Forgive Me”
  2. Kapsyen (Caption) gambar tidak melebihi 30 patah perkataan
  3. Mana-mana judul lagu dari album tersebut
  4. Moto “Spread The Love”

 

Kapsyen itu mahu tulis apa?
Moto itu mahu dihias bagaimana?
Cover itu kena ada sekali?!

Ya, anda bebas untuk bereksperimentasi dengan gambar itu dengan syarat semua perkara di atas ada dimasukkan sekali di dalam gambar itu. Terpulang mengikut kreativiti anda! Mudah, kan? *Lihat contoh gambar yang diberikan*

Hantarkan gambar kreatif anda yang ‘wow’ dan asli ke: spreadthelove.mzmfc@gmail.com

Hantar yang asli, ya.. Katakan tak nak pada cetak rompak! [^_^]

Pertandingan ini adalah:

a) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia SAHAJA
b) TIADA had bilangan penyertaan
c) Penyertaan berkumpulan tidak dibenarkan
d) Tarikh tutup penyertaan : 31 Mei 2012, 11.59 pm

 

20 TIKET akan diberikan kepada:

  • 10 pemenang terbaik pilihan juri
  • 10 pemenang terbaik mengikut kategori khas.

 

Banyak tuuuuu…..

Apa lagi? Jom kita sebarkan kepada rakan rakan yang lain? Sambil berkarya, sambil berpromosi!

Selamat mencuba! Yezzaaa!!

Psst psst.. Kalau mahu lagi mudah untuk dapatkan tiket, anda semua boleh membuat tempahan online dengan klik di sini:

http://www.maherzainforgivemeconcert2012malaysia.com.my/

 

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago