Categories: BeritaVideo Muzik

Lagu Terbaru Halim – Maha Mendengar

 

Kali pertama Halim memperdengarkan lagu ini kepada saya, hati saya sudah berbisik, “Lagu ini pasti akan menjadi hits!”

Ada kelainan yang ingin dipersembahkan oleh Halim. Ada sesuatu yang ingin disuarakan melalui lagu ini. Yang pasti, Halim bijak menyembunyikan karyanya dan beliau pilih waktu yang sesuai untuk menyiarkan satu persatu hasil karyanya buat peminat!

Ketika ditanya bila album solonya akan terbit, Halim hanya menguntumkan senyuman yang penuh teka teki. Mungkin yang tersirat, “Bersabarlah dan nantikan dengan penuh keterujaan!”

Lagu Maha Mendengar ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Halim melalui produksi milik beliau, Neurotic Studio. Lagu yang cukup istimewa ini bakal dimuatkan dalam album solo Halim berjudul Seumur Hidup.

Sebagai bonus, kami siarkan lirik lagu Maha Mendengar nyanyian Halim.

Maha Mendengar – Halim

Maha Mendengar – Halim
Lagu/lirik/susunan muzik: Halim
Hakcipta: Neurotic Studio (2012)

Yang meniti di bibirku
Yang terlintas di akalku
Yang terbisik di hatiku
Semua DIA kan tahu
Kerna DIA Yang Menciptakannya
Semua di dalam kekuasaanNYA

Di dalam susah pintalah kepadaNYA
Kerna DIA pasti mendengarkannya
Juga di dalam senang pintalah kepadaNYA
Moga bahagia kan sentiasa bersama

Ya ALLAH
Kau Maha Maha Mendengar
Tiap kata yang hamba lontarkan
Tiap doa yang hamba pohonkan

Ya ALLAH
ENGKAU Maha Memberi
Segala kurniaan dan rezeki
Ya ALLAH….

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago