showinfo=0
Diam-diam ubi berisi rupanya Heliza Helmi! Pihak kami mendapat berita yang artis wanita kecil molek ini bakal muncul dengan sebuah album ketuhanan tidak lama lagi.
Menurut sumber-sumber yang dipercayai, Heliza Helmi; 27 tahun, sedang bertungkus lumus menyiapkan album ini dengan dibantu oleh beberapa orang penggiat industri yang ternama. Pihak kami dimaklumkan, album Heliza ini bakal diterbitkan oleh NC Records, anak syarikat Nasyeed.Com Edutainment Sdn Bhd dengan kerjasama Heliza Helmi Production Sdn Bhd.
Pastinya, album ini akan menjadi rebutan ramai peminat-peminat Heliza diluar sana yang menantikan buah tangan terbaru daripada Heliza.
Single sulung dari album tersebut yang berjudul Jom Berzikir telah pun mula disiarkan di beberapa laman media seperti Youtube, Facebook dan Twitter. Respon para peminat juga dilihat sangat menggalakkan.
Walaubagaimanapun, pihak Heliza dan NC Records masih merahsiakan judul album ini untuk pengetahuan umum. Urm.. tidak mengapa, nantikan sahaja kemunculan album ini tidak lama lagi.
Untuk makluman, Heliza Helmi merupakan bekas pelajar program realiti tv popular di Malaysia, Akademi Fantasia musim ke-5. Sinonim sebagai artis muslimah yang pandai mengenakan fesyen trendy, Heliza Helmi menjadi ikutan ramai peminat dalam mengenakan hijab dan berpakaian menutup aurat. Baru-baru ini, Heliza Helmi telah dilantik menjadi Duta Aman Palestin.
Salam sukses buat Heliza dan seluruh tim produksi NC Records!
– Munsyeed Dot Com