Connect with us

Ringkas

Hijjaz Cari Pengganti Inteam & UNIC?

Diterbitkan

pada

Pencarian Bakat Baru Nasyid

 

Hijjaz Records Sdn Bhd membuka peluang kepada mana-mana anak muda yang berbakat untuk menyertai Pencarian Bakat Baru Nasyid HRSB. Hijjaz Records yang merupakan sebuah syarikat rakaman nasyid tersohor di Malaysia memberi ruang kepada mana-mana penasyid sama ada solo ataupun berkumpulan untuk menyerlahkan bakat yang terpendam dalam industri nasyid tanahair.

Seperti yang ramai sedia maklum, kredibiliti Hijjaz Records dalam melahirkan artis nasyid yang ternama tidak boleh disangkal lagi. Nama-nama besar seperti Inteam, UNIC dan Mestica merupakan antara nama besar yang pernah digilap dan dididik oleh Hijjaz Records. Hasil gandingan mantap komposer dan penulis lirik terkenal seperti Manis Helma, Abai Os, Putra Aiman, Atie Zam dan Ito Lara dijangka bakal kembali mewarnai industri muzik nasyid tidak lama lagi.

Adakah HRSB berjaya melahirkan ‘another Inteam, UNIC dan Mestica’ dalam pencarian bakat baru ini nanti? Kita tunggu dan lihat!

Kepada mereka yang berminat, sila hubungi En Amir Hufaz di talian 03-61408280 atau email kepada: [email protected]

-Munsyeed{Dot}Com

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

JAKIM Kongsi Hadis Larangan Menyerupai Jantina Lain

Diterbitkan

pada

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berkongsi sebuah hadis Nabi Muhammad SAW di platform media sosial mereka mengenai larangan menyerupai jantina lain, sebagai peringatan kepada umat Islam tentang kepentingan menjaga identiti jantina masing-masing seperti yang ditetapkan oleh syariat.

Dalam perkongsian itu, JAKIM memetik hadis yang direkodkan oleh Abu Qatadah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki.”
(Riwayat Abu Daud, 4098)

JAKIM menjelaskan bahawa Islam melarang lelaki menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang dikhususkan untuk golongan wanita, manakala wanita juga dilarang memakai pakaian yang menjadi kebiasaan lelaki serta berkelakuan seperti seorang lelaki.

Menurut JAKIM, Islam telah menetapkan garis panduan yang jelas dalam memelihara fitrah manusia, di mana lelaki perlu kekal dengan identitinya sebagai lelaki dan begitu juga wanita.

Hikmah penciptaan setiap jantina oleh Allah SWT membawa rahmat serta tujuan tertentu yang telah ditetapkan dalam sunnatullah.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai yang menyatakan sokongan terhadap peringatan itu.

JAKIM sentiasa berusaha memberikan panduan serta kesedaran kepada umat Islam mengenai kepentingan memelihara nilai-nilai agama dan identiti diri sejajar dengan ajaran Islam.

Continue Reading

Berita

Sah! Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Rabu 10 April 2024 Bersamaan 1 Syawal 1445H

Diterbitkan

pada

Masjid Putra, Putrajaya. Sumber: Tourism Malaysia

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Rabu, 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H.

Pengumuman ini dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja; Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad dalam Pengumuman Tarikh Hari Raya yang disiarkan di semua radio dan televisyen tempatan sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024,” katanya.

Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri ini dibuat berdasarkan rukyah dan hisab.

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin.

Continue Reading

Berita

Anak Bulan Tidak Kelihatan, Arab Saudi Umum Sambut 1 Syawal 1445H Pada Rabu 10 April 2024

Diterbitkan

pada

Credit: X @HaramaiInfo

Umat Islam di Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 April 2024. Pengumuman ini dibuat setelah anak bulan tidak kelihatan sewaktu sesi melihat anak bulan diadakan di Arab Saudi.

Susulan itu, Arab Saudi akan melengkapkan 30 hari bulan Ramadan untuk tahun 1445H ini.

Penetapan tarikh 1 Syawal 1445H di Arab Saudi ini dibuat berdasarkan kaedah rukyah hilal.

Di Malaysia, proses melihat anak bulan telah ditetapkan pada waktu petang hari Selasa, 9 April 2024. Pengumuman tarikh 1 Syawal 1445H pula akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada hari yang sama.

Majlis Raja-Raja (MRR) telah memperkenankan penetapan tarikh 1 Syawal 1445H di Malaysia dibuat berdasarkan kaedah Rukyah dan Hisab.

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment