Pada 12 Ogos 2011, Komuniti Teman Inteam (KTI) telah menganjurkan majlis berbuka puasa bertempat di pejabat urusan Inteam Records di Bandar Sri Damansara. Majlis yang diberi nama Iftar Jamaie KTI itu telah dihadiri kira-kira 40 orang termasuk kumpulan nasyid terkenal, Inteam.
Dengan mengunakan warna tema merah jambu dan ungu, Iftar Jamaie KTI kali ini menampilkan kelainan apabila menjadikan Nasi Mandy Ayam atau lebih popular dengan nama Nasi Arab sebagai juadah utama berbuka puasa. Disamping Nasi Arab tersebut, pelbagai juadah yang telah dibawa oleh ahli-ahli KTI secara potluck sebagai simbolik perkongsian di bulan Ramadhan yang barakah.
Majlis Iftar Jamaie ini turut diserikan dengan kehadiran seorang ulama muda, Al-Fadhil Ustaz Taha Bin Tan Sri Hassan Azhari Al-Qusyasyi. Pada majlis tersebut, Ustaz Taha telah menyampaikan tazkirah dan mengadakan majlis pengurniaan ijazah sebuah matan tajwid yang dibaca secara talaqqi bersama seluruh hadirin yang hadir.
Selain acara berbuka puasa yang menjadi agenda utama, ahli KTI turut melaksanakan ibadah solat fardu dan solat terawikh secara berjemaah. Seusai solat terawikh secara berjemaah, KTI telah mengadakan Anugerah KTI sambil diselangselikan dengan cabutan bertuah. seramai 5 pemenang utama anugerah dengan pelbagai kategori yang disediakan. Pada majlis itu juga, hampir kesemua hadirin yang datang menerima hadiah cabutan bertuah berupa CD terbitan Inteam Records Sdn Bhd.
Iftar Jamaie KTI merupakan acara tahunan yang paling popular di kalangan ahli Komuniti Teman Inteam. Menyingkap sejarah, KTI memulakan tradisi mengadakan majlis berbuka puasa bermula tahun 2006 yang dipimpin oleh Presiden pertama KTI, Mohd Safuan Zainal atau Musaza.
Ahli KTI sedang mengambil Nasi Arab sebagai juadah berbuka puasa mereka.
.
Tazkirah dan Majlis Pengijazahan Matan Tajwid oleh Ustaz Taha Hassan
.
Turut diadakan, kejutan Selamat Hari Lahir buat Afnan, anakanda sulung Amin Inteam.
.
Presiden KTI, Safarizan sedang menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.
.
Pemenang Anugerah KTI bagi Iftar Jamaie 2011
.
Muslimat KTI bergambar dengan Inteam dan Ustaz Taha
.
Muslimin KTI bergambar dengan Inteam dan Ustaz Taha
.
Gambar ihsan: An-Nahda Photography. Layari Facebook An-Nahda Photography dan dapatkan pakej fotografi yang menarik dan istimewa untuk hari bahagia anda. -Munsyeed{Dot}Com.