Categories: AlbumUlasan

Review Album: Fez Meghani – From One Soul

 

Mendengar album Fez Meghani, artis Nasyid dari Amerika Syarikat membuatkan saya kagum sebentar. Apa tidaknya, jika dilihat dari kulit album yang bertajuk From One Soul ini, sangkaan saya bahawa album ini akan dihiasi dengan muzik-muzik dari Asia Selatan.

Sangkaan saya tepat. Mendengar track pertama sahaja sudah terbayang akan muzik saduran Hindustan yang kuat melatari, bahkan muzik inilah menunjangi hampir keseluruhan album ini. Rata-rata kedengaran muzik elektronika juga jelas disana-sini

Namun, ada juga lagu-lagu beliau yang bersifat easy listening dan sedikit catchy, seperti ;lagu Shahaada, All It Takes. Ballad bertajuk Little Girls juga tampak menarik.

Album Fez Meghani yang turut mengandungi keterlibatan Aftab Ali ini dirakamkan di Dallas, Texas. Apa yang menarik, Fez sendiri terlibat dalam keseluruhan album ini dengan dibantu beberapa tenaga produksi. Malah, beliau sendiri terlibat membuat susunan muzik album ini.

Dengan muzik ala Hindustan yang dibawa, sudah jelas menujukan nasyid itu sudah merentasi sempana Asia, malah sudah merentasi seluruh dunia. Mahu dengar muzik Asia Selatan yang disadur dengan mesej dakwah? Ini Albumnya! -Munsyeed{Dot}Com

 

*Hantarkan album anda untuk dimuatkan dalam Segmen Ulasan Album. Hubungi kami melalui email- munsyeed@gmail.com

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago