Categories: BeritaRingkas

Majlis Tribute Dua Tahun Pemergianmu

Hilangnya permata berharga di kalangan industri nasyid tanahair pada tahun 2009 sememangnya tidak dapat dilupakan oleh penggiat-penggiat industri nasyid Malaysia. Sedar tidak sedar, sudah dua tahun Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) sudah kembali ke rahmatullah. Rasa seperti baru semalam Almarhum pergi meninggalkan kita.

Pada 13 Ogos 2011 lalu, telah berlangsungnya satu majlis tribute buat Almarhum Ustaz Asri Rabbani di Hotel Singgahsana Petaling Jaya bersempena dua tahun pemergian Almarhum ke rahmatullah dimana tarikh itu juga almarhum telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 2009.

“Kenangan bersama Ustaz Asri sentiasa segar dalam ingatan kami dan kami tidak pernah dapat melupakan almarhum walaupun sudah dua tahun almarhum pergi meninggalkan kami.” Kata Ustaz Azadan Rabbani. Beliau juga memberitahu bahawa majlis seperti ini akan menjadi acara tahunan bagi kumpulan Rabbani.

Majlis tribute bermula pada jam 6.30 ptg dengan bacaan tahlil dan Yaasin untuk dihadiahkan kepada almarhum. Majlis tahlil ini turut disertai oleh adik-adik dari Maahad Tahfiz Darul Ummah, Setapak dan juga kaum keluarga terdekat Almarhum iaitu balu almarhum, Puan Haliza Shahdan atau lebih dikenali sebagai Kak Jannah serta empat orang anak Almarhum Ustaz Asri serta ahli keluarga dari ahli kumpulan Rabbani yang lain.

Juga turut serta adalah Ustaz Saifuddin dari Singapura iaitu insan yang bertanggungjawab membawa adik-adik dari Maahad Tahfiz Darul Ummah. Turut kelihatan di majlis tersebut Pengarah Urusan Ana Edar, En. Luqman Othman, En. Ahmad Haris Suhaimi (penulis buku Amalan Dijamin Ke Syurga oleh Rasulullah), Ito Lara, En. Mazlan Omar serta beberapa rakan nasyid Rabbani.

Seperti biasa, majlis ifthar pasti akan diserikan dengan persembahan daripada kumpulan Rabbani. Namun pada majlis itu tetamu didendangkan dengan beberapa lagu-lagu klasik Rabbani di waktu kegemilangan Rabbani bersama Almarhum Ustaz Asri. Diantara lagu yang didendangkan, Mana Milik Kita ciptaan almarhum suatu ketika dahulu.  Majlis dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah serta pemberian duit raya kepada adik-adik Maahad Tahfiz Darul Ummah.

 

Majlis tahlil dan yaasin di surau Hotel Singgahsana

Bacaan diketuai oleh Ust Asri Ubaidullah

Sesi bergambar Rabbani bersama adik-adik dari Maahad Tahfiz Darul Ummah

Rabbani menghiburkan para tetamu yang hadir ketika berbuka

Kak Jannah bersama 4 org anak  hadir di majlis tribute

Upacara memotong kek sempena ulangtahun kelahiran Kak Jannah pada 11 Ogos

Azida Annur

Azida Annur, wartawan Munsyeed{Dot}Com versi bahasa inggeris. Beliau kini sudah bekerja dan dalam kesibukkan bekerja itu, beliau masih lagi mampu mencuri ruang dan masa untuk sama-sama aktif dalam Munsyeed{Dot}Com. Mempunyai kemahiran berbahasa inggeris yang baik menjadikan beliau orang terpenting dalam menghidupkan Munsyeed{Dot}Com versi bahasa inggeris.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago