Categories: PengumumanProgram

Majlis Tribute Almarhum Ustaz Asri Ibrahim Rabbani

Tribute Almarhum Ustaz Asri Ibrahim

Rabbani Production (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Hotel Singgahsana, Petaling Jaya akan menganjurkan sebuah majlis Tribute Almarhum Ustaz Asri Ibrahim di Hotel Singgahsana Petaling Jaya. Majlis tribute tersebut diadakan bagi memperingati 2  tahun pemergian Almarhum Ustaz Asri Ibrahim yang meninggal dunia pada 13 Ogos 2009.

Menurut jurucakap Rabbani, majlis tribute ini akan bermula seawal 6 petang dengan kehadiran para tetamu dan VIP. Sehubungan dengan itu, Rabbani mempelawa para peminat untuk turut sama hadir dalam majlis tribute ini serta berbuka puasa bersama Rabbani pada hari ini di Hotel Singgahsana.

Berikut adalah butiran majlis Tribute Almarhum Ustaz Asri Ibrahim-

Tarikh: 13 Ogos 2011
Hari: Sabtu
Masa: Bermula jam 6 petang.
Tempat: Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai majlis tribute ini, sila hubungi En Shahrulhikmi di talian 017-7608517. -Munsyeed{Dot}Com.

 

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago