NasyidFM Anjur Iftar Ramadhan

Jom Iftar Ramadhan NasyidFM

Radio Nasyid Online pertama di Malaysia, NasyidFM akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama para pendengar setianya sempena bulan Ramadhan ini.  Majlis yang diberi nama Jom Iftar Ramadhan itu dianjurkan oleh NasyidFM bagi menghargai kesetiaan para pendengar NasyidFM yang tidak jemu menyokong usaha NasyidFM dalam bidang penyiaran online.

Seperti tahun lepas, NasyidFM sekali lagi memilih Dewan Puri Pujangga, UKM Bangi sebagai lokasi ideal untuk majlis berbuka puasa ini. Menariknya, untuk majlis kali ini, kumpulan nasyid terkenal, Devotees dan artis baharu, Varianz akan turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Disamping berbuka puasa secara berjemaah, majlis ini juga dilihat bakal menjadi medium merapatkan ukhwah antara warga kerja NasyidFM, artis yang hadir serta para pendengar setia NasyidFM.

Berikut adalah butiran mengenai majlis berbuka puasa, Jom Iftar Ramadhan anjuran NasyidFM:-

Tarikh: 14 Ogos 2011, Ahad.
Masa: 6 petang hingga 10.30 malam.
Tempat: Dewan Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor.
Bayaran: RM35 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak.

Kepada mereka yang ingin menhadirkan diri ke majlis ini, bolehlah menghubungi 017 205 6212 – Norhazlinda atau 017 727 0693 – Feera. -MUNSYEED.COM

 

 

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

7 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

7 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

7 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

7 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

7 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

7 months ago