Categories: BeritaTempatanTerkini

Rabbani Masih Setia Di Hotel Singgahsana

Buka Puasa Bersama Rabbani Di Hotel Singgahsana

Rabbani dan Hotel Singgahsana seperti tidak dapat dipisahkan. 2 entiti ini kelihatan serasi menjalinkan kerjasama. Bermula dari zaman Nadamurni hinggalah sekarang, Rabbani masih setia bersama Hotel Singgahsana.

Tahun ini, seperti biasa Rabbani akan menyerikan slot berbuka puasa di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Pelbagai aneka juadah yang menarik dan menyelerakan disediakan di Hotel Singgahsana. Menariknya kali ini, Ana Edar telah berbesar hati menaja susu kambing khas untuk semua pengunjung yang menikmati juadah berbuka puasa di Hotel Singgahsana.

Selain Rabbani, artis nasyid terkemuka tanahair turut menyerikan Ramadhan di Hotel Singgahsana seperti Raihan, Hijjaz, Saujana, Inteam, Devotees, Far East, Amrain, Alif dan Syifa’.

Bayaran yang dikenakan cukup berpatutan, serendah RM65.00 bagi seorang dewasa. Manakala bagi kanak-kanak 7 – 12 tahun dan warga emas akan menikmati diskaun sebanyak 30%. Untuk tempahan, sila hubungi Cik Erin di talian 03-62721225 atau 017-2660588. -MUNSYEED.COM

 

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago