Categories: BeritaInternational

Imam Masjid Nabawi Kunjungi Malaysia

Fadhilatul Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair. Sumber gambar: Google.

Imam dan khatib Masjid Nabawi, Fadhilatul Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair, akan berada di negara ini mulai Jumaat sehingga 4 Mei ini sebagai tetamu kerajaan Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata Fadhilatul Al-Syeikh Solah akan berada di beberapa lokasi di negara ini sepanjang kunjungannya itu antaranya mengimamkan solat Zohor di Masjid As-Syakirin, KLCC pada Sabtu ini.

Beliau juga akan memimpin solat Jumaat dan menyampaikan tazkirah Jumaat di Masjid Negara dan Masjid Putra, Putrajaya masing-masing pada 26 April dan 3 Mei, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sepanjang berada di negara ini, Fadhilatul Al-Syeikh Solah juga dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selain bertemu anggota Muzakarah Jawatankuasa Fatwa peringkat kebangsaan.

Pada 24 April, Fadhilatul Al-Syeikh Solah dijadual menyampaikan ‘executive talk’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Kehadiran beliau ke Malaysia diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi dalam pembangunan hal ehwal Islam di negara ini,” katanya.

Fadhilatul Al-Syeikh Solah merupakan imam dan khatib Masjid Nabawi sejak 1999 sehingga kini dan merupakan hakim Mahkamah Agung Madinah.

Beliau juga pernah memangku Imam Besar Masjid Nabawi dari 2011 hingga 2012 dan pernah menjadi Imam tarawih Masjidil Haram pada 2005 dan 2006.

Sumber berita: BERNAMA.

– Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago