Categories: BeritaTempatan

VMen Pertaruhkan Laungan Cinta

Voice of Men. Sumber: FB Voice of Men.

Kumpulan vokal berharmoni yang menamakan diri mereka “Voice of Men” (VMen) tampil membuat penampilan pertama dalam industri muzik tempatan dengan mempertaruhkan single bertajuk “Laungan Cinta” (LC) terbitan bersama VMen dan salah seorang ahli kumpulan VE, Damian Mikhail.

Bergenre Pop R&B, Laungan Cinta membawakan mesej bahawa segala kesusahan dalam kehidupan adalah lumrah dan boleh diatasi dengan tekad, usaha dan doa. Lagu ini telah dicipta oleh ahli kumpulan VMen sendiri, iaitu saudara Fathul Rahman Misbah.

Menurut Fathul, ilham untuk menghasilkan lagu ini bertitik tolak dari penderitaan dilalui oleh rakyat Palestin yang beliau ikuti saban hari. Susah payah,penderitaan yang dialami akibat kezaliman zionis laknatullah telah menjadi sumber inspirasi beliau untuk menghasilkan lagu ini. Beliau berharap lagu ini dapat memberikan perangsang dan semangat kepada para pencinta keamanan di seluruh dunia terutamanya di Lahad Datu, Palestin, Syria dan Rohingya.

Melihat kepada beberapa hasil muzik video yang berkualiti dari penyanyi dan pengarah muda berbakat dari seberang tambak Johor, VMen telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada Shahridzuan Selamat dan pasukannya untuk menerbitkan muzik video LC.

Penggambaran video muzik LC telah diadakan di sekitar Johor Bahru pada Disember 2012 dan turut dijayakan dengan bantuan dari Jazznyta Rahim Artistic Team, Persatuan Teater Kesuma-I Johor Bahru, dan Kelab Teen and Theatre Universiti Teknologi Malaysia.

Jom kita tonton video muzik Laungan Cinta nyanyian Voice of Men.

Menarik kan? Tahniah Voice of Men dan semua yang terlibat dalam menghasilkan single dan video muzik terbaru Voice of Men.

Munsyeed doakan semoga VMen istiqamah dan berjaya dalam lapangan seni ini.

– Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago