Categories: KhasTerkini

Imbasan2011: Kontroversi ABPBH & AIM

Kategori Penyanyi Nasyid Popular ABPBH Dimansuhkan

Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 25. (ABPBH 2011)

Sedikit mendukacitakan buat penggiat dan peminat industri nasyid apabila tahun ini, buat pertama kalinya pihak Anugerah Bintang Popular Berita Harian memansuhkan kategori Penyanyi Nasyid Popular ABPBH yang selama ini turut dipertandingkan. Cakap-cakap mengenai pemansuhan kategori tersebut sudah mula kedengaran sebaik sahaja Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 berakhir.

Tidak cukup sekadar itu, admin Fan Page Facebook ABPBH mula membuat survey adakah wajar kategori Penyanyi Nasyid Dimansuhkan. Survey tersebut mendapat respon yang negatif dikalangan para peminat yang majoriti menolak idea pemansuhan tersebut. Akhirnya, segalanya terjawab apabila dalam pengumuman Senarai Calon-Calon ABPBH, kategori penyanyi nasyid secara rasmi dimansuhkan.

Menurut Co-Chairman Jawatankuasa ABPBH, Hasnizam Abdullah atau lebih mesra disapa Kak Cham, walaupun kategori penyanyi nasyid dimansuhkan, artis nasyid masih berpeluang untuk bertanding di kategori artis Duo/Berkumpulan Popular ABPBH bagi tahun 2011. Buktinya, kumpulan Rabbani yang berduet dengan Malik dan juga Ustaz Akhil Hayy yang berduet dengan Mawi turut tercalon di kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular ABPBH.

AIM 18

AIM Mansuh Kategori Album Nasyid Terbaik AIM

Kalau pihak Anugerah Bintang Popular Berita Harian memansuhkan kategori Penyanyi Nasyid Popular, lain pula ceritanya untuk anugerah muzik paling berprestij di Malaysia- Anugerah Industri Muzik (AIM). Pada tahun ini, AIM secara rasmi memansuhkan kategori Album Nasyid Terbaik AIM dan mengekalkan kategori Lagu Nasyid Terbaik AIM. Pemansuhkan kategori Album Terbaik turut menimpa kategori Pop, Rock dan Etnik Kreatif. Selain pemansuhan kategori album nasyid terbaik, pencalonan Maher Zain dalam kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Oleh Artis Luar Negara melalui lagu InshaAllah versi Bahasa Melayu turut mengundang kontroversi dikalangan peminat.

Kontroversi Pencalonan Maher Zain Dalam AIM 18

Kekeliruan timbul apabila berlaku sedikit salah faham antara segelintir peminat yang mengatakan lagu InshaAllah Maher Zain tidak layak dipertandingkan kerana lagu tersebut berbahasa Inggeris walhal lagu yang dipertandingkan adalah lagu InshaAllah versi Bahasa Melayu. Rata-rata menzahirkan rasa tidak puas hati di atas pencalonan lagu tersebut di laman Twitter dengan hashtaq #AIM18.

Akhirnya, kekeliruan tersebut dijelaskan oleh penulis lirik InshaAllah versi Bahasa Melayu, Frizdan yang menulis di Twitter bahawa pencalonan lagu Maher Zain tersebut adalah untuk versi Bahasa Melayu, bukan versi Bahasa Inggeris mahupun versi Bahasa Arab.

Pada tahun ini, kategori Lagu Nasyid Terbaik AIM 2011 telah dimenangi oleh lagu Pedoman nyanyian mantap Nora feat Voices of Ummi (VOU).

Klik link dibawah untuk membaca lebih lanjut berita mengenai kontroversi ABPBH dan AIM pada tahun ini:

Apa yang berlaku pada tahun ini perlu dimuhasabah semula oleh setiap penggiat, artis, karyawan nasyid mahupun peminat nasyid itu sendiri. Sebagai penganjur, mereka mempunyai hak untuk mewujudkan dan memansuhkan apa jua kategori yang dipertandingkan mengikut pendapat dan citarasa mereka. Mungkin disini, ruang untuk kita muhsabah mengenai kesatuan kita dalam menyuarakan pendapat kita supaya didengari, keterlibatan penggiat nasyid dalam mesyuarat-mesyuarat bersama pihak penganjur atau mungkin sebarang respon positif mengenai apa jua program, roadshow yang dianjurkan oleh mereka. Menyantuni ‘target dakwah’ tanpa mengorbankan sedikit pun prinsip perjuangan.

Mungkin juga kita boleh berusaha menganjurkan majlis anugerah kita sendiri di masa hadapan! Semoga ALLAH permudahkan. Ameen. -Munsyeed{Dot}Com

 

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago