Categories: KhasTerkini

Imbasan2011: Malaysia Tumpuan Artis Antarabangsa

Bukan lagi rahsia untuk kita mengetahui Malaysia menjadi tumpuan utama artis nasyid dari luar negara. ‘Semenanjung emas’ ini menjadi lubuk utama artis nasyid luar negara untuk bertandang mempromosi album, membuat persembahan dan sebagainya. Sedikit sebanyak, ia menangkis tanggapan industri nasyid sudah hilang taringnya dan malap walhal industri ini sentiasa hidup mekar dan subur hingga ke hari ini.

Maher Zain di Maher Zain Live In Concert 2010

Fenomena yang dicetuskan Maher Zain di penghujung 2010 nyata memberi momentum kuat untuk hiburan mendidik jiwa ini bersinar di tahun 2011. Figura kacak dari Sweeden ini begitu bijak menyantuni peminatnya sewaktu menjayakan konsert mega sulungnya di Maher Zain Live In Concert 2011 di Stadium Malawati Shah Alam. Sesiapa sahaja yang berada di konsert tersebut pasti akan ingat saat-saat indah bersama penghibur terkenal itu. Suasana menghidupkan lampu telefon mengiringi lagu Freedom, beberapa lagu yang dinyanyikan berulang kali atas permintaan peminat serta interaksi 2 hala antara Maher Zain dan peminat nyata menunjukkan Maher Zain begitu bijak menghargai dan melayani peminatnya.

Namun, ia bukan faktor utama yang menarik peminat ke konsert semata-mata, lebih dari itu adalah mesej lagu-lagu yang terdapat dalam album sulung Maher Zain yang begitu mengetuk pintu hati pendengar, memberi harapan buat yang sudah putus asa, memberi cahaya buat yang sedang berduka dan memberi petunjuk kepada jalan bahagia. Semua ini terkandung kemas dalam lagu- Insha ALLAH nyanyian Maher Zain. Tidak kurang juga hebatnya lagu-lagu lain seperti For The Rest of My Life, Barakallah dan lain-lain. Semua akan dicerita secara lengkap dalam entri Imbasan2011: Maher Zain Man of The Year!

Mesut Kurtis

Maher Zain tidak datang ke Malaysia keseorangan. Beliau turut membawa 2 rakan seperjuangannya, Irfan Makki dan Mesut Kurtis untuk diperkenalkan kepada Malaysia. Walaupun Mesut Kurtis lebih awal berkecimpung dalam bidang seni suara ini, namun artis Awakening Records dari Mecadonia ini masih baru dikalangan jumlah besar peminat hiburan Islam di Malaysia. Hanya segelintir mengenali dan mengikuti artis yang popular dengan Selawat Burdah ini.

Inteam menghadiahkan jersey Skuad Harimau Malaya kepada Irfan Makki.

Tidak sia-sia diperkenalkan oleh Maher Zain, seperti Mesut Kurtis, populariti Irfan Makki juga turut melonjak naik sejak beliau diperkenalkan oleh Maher Zain di Maher Zain Live in Concert. Album sulung beliau bersama Awakening Records berjudul I Believe terjual melebihi 5,000 unit untuk cetakan pertama di Malaysia! Album yang diedarkan secara eksklusif oleh Inteam Records itu jelas membuktikan Irfan Makki sedang mendaki puncak populariti di pasaran Asia khususnya di Malaysia. Jelajah Promosi Album yang dilancarkan oleh Inteam Records bersama Irfan Makki juga mendapat liputan meluas media. Rata-rata memuji vokal unik Irfan Makki yang persis Michael Jackson itu. Cuma, baik Mesut Kurtis mahupun Irfan Makki, mereka berdua masih tidak dapat lari dari ‘bayangan’ Maher Zain! Lihat Irfan Makki, orang masih bertanya tentang Maher Zain!

Berikut pula adalah artis luar negara yang pernah datang ke Malaysia untuk Islamic Song Festival yang diadakan di Dewan Plenary, KLCC, Kuala Lumpur.

Zain Bhikha

.

Aashiq Ar-Rasul daripada United Kingdom

.

Fez Meghani dan Aftab Ali dari United State of Ameriza

.

Noor dari Canada

.

Fara Leia (Malaysia) dan Opick dari Indonesia.

.

Antara artis yang terlibat dengan Islamic Song Festival. Ada Le Rappel dari Perancis, Debu dari Indonesia, Budi dari German dan ramai lagi.

Jika dinilai semula, artis nasyid Malaysia juga jauh lebih berpontensi dan berbakat berbanding sesetengah artis luar negara. Cuma pendedahan, bantuan media, cubaan untuk memasuki pasaran global perlu digiatkan oleh artis nasyid Malaysia. Setakat ini, artis nasyid Malaysia dan Indonesia cukup popular di Nusantara ini. Mungkin satu hari nanti kita akan melangkah lebih jauh! Namun, perlu ada yang membuka jalannya dahulu. =) -Munsyeed{Dot}Com.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago