Categories: KhasTerkini

Imbasan2011: Ujian Buat Mereka Yang Sabar

Al-Quran. 94 : 5-6.

“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” 

2011 menyaksikan ramai dikalangan artis, penggiat nasyid mahupun karyawan nasyid yang ditimpa dengan masalah, penyakit mahupun musibah. Semua itu adalah ujian daripada ALLAH swt. Satu pentarbiyahan dari ALLAH untuk setiap hambaNYA yang beriman dan bertaqwa. Tidaklah ujian itu diturunkan untuk menyulitkan hambaNYa semata-mata hingga putus segala harapan, sebaliknya ujian itu mendidik hati, menguji keimanan dan memantapkan lagi keyakinan kita terhadap janji ALLAH swt.

Berikut adalah imbasan 2011 bagi berita-berita duka yang pernah dialami oleh insan seni dalam industri nasyid pada tahun ini.

Faisal AF6 (Ex-Far East) Hidap Tumor Otak

Gambar Faisal AF6 ketika mula-mula dimasukkan ke wad.

Bintang realiti tv Akademi Fantasia 6, Faisal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Faisal AF6 telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh setelah didapati menghidap penyakit Tumor Otak. Faisal yang merupakan bekas ahli kumpulan Far East bagaimanapun telah selamat dibedah di hospital tersebut dan kembali menjalani rutin harian seperti biasa. Alhamdulillah.

Untuk membaca berita lanjut mengenai Faisal AF6, sila klik link dibawah:

Kediaman CEO Nasyeed.Com Terbakar

CEO Nasyeed.Com, Zuwairie Che Ramli

Kediaman CEO Nasyeed.Com, Zuwairie Che Ahmad telah dijilat api awal pagi pada Julai 2011. Menurut berita yang diterima, kebakaran berlaku ketika keluarga Zuwairie sedang menyiapkan juadah untuk bersahur pada awal pagi itu. Bagaimanapun, alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Baca lanjut disini: Kediaman CEO Nasyeed.Com Terbakar.

 

Nordin Jaafar (Ex-Raihan) Kemalangan

Nordin Jaafar ketika bersama Raihan. Dari kiri- Bakar, Amran, Che Am dan Nordin.

Nordin Jaafar, bekas ahli kumpulan Raihan dan AlarmMe telah ditimpa kemalangan dalam perjalanan beliau untuk ke pejabat pada 20 Julai 2011. Beliau yang sepatutnya berlepas ke Indonesia pada pagi itu terpaksa membatalkan perjalanannya dan dirawat di Pusat Perubatan berhampiran. Berita lanjut, sila klik: Nordin Jaafar (Ex-Raihan) Kemalangan.

 

Shauqi Devotees Masuk Hospital

Shauqi Devotees

Shauqi Devotees telah dimasukkan ke Hospital Melaka setelah mengadu mengalami sakit di bahagian perut beliau pada Ogos 2011. Berita lanjut, sila klik: Shauqi Devotees Ditahan Di Hospital.

 

Syahril Sai Orkes El-Suraya Meninggal Dunia

Salah seorang ahli Orkes El-Suraya Medan, Syahril Sai telah meninggal dunia pada 17 september 2011. Kumpulan Orkes El-Suraya pernah popular suatu ketika dahulu dengan lagu Mawar. Kumpulan yang dianggotai oleh 4 orang penasyid ini begitu aktif dalam bidang seni suara nasyid sekitar tahun 80an. Untuk berita, sila klik: Syahril Sai Orkes El-Suraya Medan Meninggal Dunia.

Anak Che Am Raihan Hidap Tumor Otak

Che Am Raihan dan anaknya, Ahmad Mahir sebelum ke dewan pembedahan.

Anak Che Am Raihan, Ahmad Mahir telah disahkan menghidap Tumor Otak. Ahmad Mahir yang telah dimasukkan ke Hospital UKM telah menjalani pembedahan dengan selamat. Bagaimanapun, beliau masih ditahan di HUKM untuk rawatan lanjutan dan susulan. Berikut adalah bingkisan hati penulis lirik Ito Lara yang berkesempatan menziarahi Adik Ahmad Mahir. Klik: Secangkir Kasih Buat Yang Memahami.

 

Hafiedz Udu Masuk Hospital

Hafiedz Udu

Percussionist terkenal, Hafiedz Udu telah dimasukkan ke Hospital Terengganu setelah disahkan mengidap jangkitan paru-paru. Beliau yang juga ahli kumpulan AlGebra sepatutnya terlibat dengan Konsert Hijrah anjuran TV AlHijrah di Terengganu. Baca berita seterusnya disini: Hafiedz Udu Ditahan Di Hospital.

-Munsyeed{Dot}Com

 

 

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

7 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

7 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

7 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

7 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

7 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

7 months ago