Categories: BeritaTempatanTerkini

Inspirasi Dari Lagu We Are The World, Daqmie Ajak Rakan Artis Rakam Lagu “Hulurkan”

Menjelang Ramadan yang penuh keberkatan, Daqmie Music Factory dan Perkim Datuk Keramat bergabung dalam sebuah inisiatif murni menerusi lagu nasyid baharu berjudul Hulurkan.

Lagu ini bukan sekadar sebuah karya seni, tetapi juga medium yang digunakan oleh Perkim Datuk Keramat untuk menyampaikan mesej kemanusiaan serta mengumpul dana bagi pelbagai program kebajikan dan pendidikan sepanjang tahun.

Lebih istimewa, Hulurkan menampilkan kolaborasi tujuh artis nasyid tersohor tanah air – Mestica, Fine, Zaidi Wildan, Darwish, Shidee Khayran, Cahaya Hati, dan Daqmie sendiri.

Inspirasi dari lagu We Are The World

Menurut Daqmie, pengasas Daqmie Music Factory, inspirasi Hulurkan datang daripada lagu ikonik We Are The World, yang pernah menggabungkan bintang-bintang muzik dunia untuk membantu mangsa kebuluran Ethiopia pada 1985.

“Sepertimana We Are The World, Hulurkan membawa mesej perpaduan, kasih sayang, dan kepedulian terhadap golongan yang memerlukan, terutama dalam bulan Ramadan yang akan tiba. Bantuan itu boleh datang dalam pelbagai bentuk – kewangan, tenaga, doa, dan keikhlasan hati,” katanya.

Daqmie juga berkongsi bahawa projek ini lahir selepas beliau dilantik sebagai duta Perkim Datuk Keramat selama dua tahun.

“Saya mahu projek ini lebih bermakna dengan penglibatan lebih ramai artis nasyid.

Saya telah menghubungi ramai penyanyi, dan yang memberikan komitmen adalah Mestica, Fine, Zaidi Wildan, Darwish, Shidee Khayran, serta Cahaya Hati.

Dengan adanya mereka, mesej lagu ini akan lebih luas penyampaiannya,” tambahnya.

Muzik sebagai Medium Dakwah

Pengerusi Perkim Datuk Keramat, Suhaimi Abdul Aziz, pula menekankan bahawa muzik, khususnya nasyid, adalah alat yang berkesan dalam mendekati masyarakat.

“Kami percaya nasyid mampu menyentuh hati ramai pihak. Dengan pelancaran Hulurkan, kami berharap lebih ramai akan menyumbang dan menyokong usaha dakwah serta kebajikan yang kami jalankan,” ujar beliau.

Lagu ini dilancarkan bagi mengumpul dana untuk enam inisiatif utama Perkim Datuk Keramat, termasuk menampung operasi Rumah Mualaf, membiayai kelas pengajian dan kebajikan saudara baru, serta membangunkan Kompleks Dakwah Mualaf Mahmood di Puncak Alam yang dianggarkan menelan belanja RM3.5 juta.

Menariknya, projek Hulurkan turut mendapat sokongan Yeop’s Kitchen dan dirakam di Smart Audio Studio dengan sentuhan komposer serta jurutera bunyi Alfa Booty.

Pengedaran lagu pula dilakukan oleh Arteffects Production milik Hafiz Hamidun bersama Sony Music Malaysia.

Bagi mereka yang ingin menyumbang atau mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Perkim Datuk Keramat di talian 019-6039187 (Suhaimi) atau 018-2573069 (Hakim).

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago