Connect with us

Berita

Inteam Sedia Bantu Industri Nasyid Thailand

Diterbitkan

pada

Inteam dan Fiklis

 

Kumpulan nasyid popular; Inteam meneruskan perjalanan seni dakwah mereka dengan menjalinkan kerjasama erat bersama kumpulan nasyid dari Thailand, Fiklis. Inteam telah memilih untuk berduet dengan kumpulan nasyid Fiklis dalam sebuah lagu yang berjudul Nur Muhammad.

Lagu Nur Muhammad yang pernah dimuatkan dalam album Nur Muhammad adalah nyanyian asal kumpulan Inteam featuring UNIC. Menariknya, untuk lagu Nur Muhammad versi Inteam dan Fiklis ini, terdapat beberapa rangkap lagu yang dinasyidkan dalam Bahasa Thailand.

Menurut Muhammad Hazamin Harun atau lebih mesra disapa Amin Inteam, Ini merupakan kali pertama Inteam Records (IRSB) menerbitkan MTV sendiri yang dirakam oleh seorang staff IRSB menggunakan peralatan kamera digital DSLR dalam waktu yang terhad.

“Rakaman MTV Nur Muhammad versi Thailand ini dirakam sewaktu lawatan kumpulan nasyid Fiklis dari Thailand ke Studio Inteam pada awal Ramadhan lalu. Kami memilih untuk menjalani rakaman vokal dan juga rakaman video dalam masa yang begitu terhad dengan menggunakan khidmat videografi salah seorang staff IRSB.” jelas Amin Inteam.

Menurut beliau lagi, kerjasama ini tidak akan terhenti disini sahaja kerana Inteam berhasrat untuk menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan kumpulan-kumpulan nasyid di Thailand.

“Alhamdulillah, nasyid sudah mula mendapat tempat di kalangan para penduduk Muslim di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat, Thailand. Kami selaku kumpulan nasyid di Malaysia berasa terpanggil untuk membantu kumpulan-kumpulan nasyid di Thailand untuk mengembangkan sayap mereka dalam membina industri nasyid di Thailand.” tambah Amin Inteam.

“Kami berharap, usaha kecil kami ini dapat membantu kumpulan nasyid di Thailand membina dan membangunkan industri nasyid mereka supaya dakwah melalui seni nasyid ini dapat berkembang di negeri Thailand. Kita sudah lihat perkembangan industri nasyid Malaysia dan Indonesia yang begitu rancak sekali, justeru inilah masanya untuk kita sama-sama membantu industri nasyid di Thailand agar nusantara ini bergema dengan lagu-lagu yang memuji Allah Yang Esa.” jelas Amin Inteam.

Untuk menonton MTV Nur Muhammad Versi Thailand nyanyian Inteam feat Fiklis, sila klik disini.

Untuk rekod, Fiklis terdiri daripada 4 orang anak muda yang berasal dari Thailand. -Munsyeed{Dot}Com

Gambar ihsan: Safwan Abdullah.

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

Terbuai Dengan Alunan Selawat Tafrijiyah dari Kumpulan One Path

Diterbitkan

pada

Kumpulan One Path tampil dengan sebuah single terbaru berjudul Selawat Tafrijiyah.

Dengan alunan melodi yang merdu dan lirik yang penuh makna, alunan selawat ini dihasilkan bagi memberikan ketenangan serta mengajak pendengar menghayati keindahan zikir sepanjang bulan mulia ini.

Single istimewa ini kini tersedia di semua platform digital untuk dinikmati oleh peminat.

Setiap bait selawat disampaikan dengan penuh penghayatan, disertai alunan suara yang menyentuh hati, menjadikan karya ini begitu bermakna untuk didengar dan dihayati.

Dihasilkan dengan sentuhan terbaik, Selawat Tafrijiyah menampilkan nyanyian serta susunan lagu oleh Haseef One Path, manakala terjemahan lirik dilakukan bersama oleh Haseef dan Shafiq One Path.

Proses rakaman pula dijalankan di Tarbiah Sentap Records, memastikan kualiti audio yang terbaik buat pendengar.

Dalam aspek visual, karya ini turut diperkemaskan dengan sentuhan produksi yang mantap.

Video Selawat Tafrijiyah diterbitkan oleh Adnin Roslan dengan arahan daripada pasukan Karya Tujuh, memberikan dimensi tambahan kepada pengalaman mendengar selawat ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Selawat Tafrijiyah, sebuah karya yang mampu membangkitkan ketenangan serta kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Strim sekarang di semua platform digital dan hayati keindahannya sepanjang Ramadan ini!

Continue Reading

Berita

“Qalbi Fil Madinah” by Maher Zain & Harris J Takes the World by Storm!

Diterbitkan

pada

The incredible collaboration between Maher Zain and Harris J has taken the global stage by storm with their latest single, “Qalbi Fil Madinah” (My Heart is in Madinah)—a song that beautifully captures the love and serenity of the blessed city.

Released in two versions—a full song with music and a vocals-only version—this heartfelt track has resonated with millions worldwide in just 10 days!

Phenomenal Achievements of “Qalbi Fil Madinah”:

  • Over 1 billion views on TikTok
  • More than 1.5 million videos created using the song on TikTok
  • 15 million+ views on YouTube, ranking #3 globally
  • Trending in 33 countries, including, for the first time ever for an Islamic song, in the UK, France, Belgium, Spain, the Netherlands, Germany, Sweden, Denmark, Canada & Australia!
  • Over 2.5 million streams across digital platforms

The song “Qalbi Fil Madinah” features lyrics written by Bara Kherigi, with a melody composed by Maher Zain and Harris J. The music arrangement was done entirely by Maher Zain, while the vocal arrangement was handled by Namz Kay. The mixing and mastering process was carried out by Ronny Lahti and Namz Kay, ensuring top-quality audio for listeners to enjoy.

Expressing their gratitude, Maher Zain and Harris J shared, “We are both humbled and grateful for the overwhelming response. May this song continue to inspire, uplift, and connect hearts to the spirit of Madinah and the message of Prophet Muhammad P.B.U.H.”

Join the #QalbiFilMadinah movement—keep streaming, sharing, and spreading the love!

Continue Reading

Berita

Fitri Haris Diiktiraf Sebagai UK Global Talent (Akademik) Dalam Bidang Etnomusikologi

Diterbitkan

pada

Penyanyi dan ahli akademik, Ts. Dr. Fitri Haris, yang juga anggota kumpulan nasyid UNIC, telah menerima pengiktirafan berprestij daripada British Academy sebagai UK Global Talent – Exceptional Promise (Ahli Akademik) dalam bidang Kemanusiaan dan Seni, khususnya dalam Etnomusikologi.

Penghormatan ini mengiktiraf sumbangan Fitri dalam muzik Islam popular dan hiburan patuh syariah, sekaligus membuka peluang baharu untuk penyelidikan serta kerjasama budaya dan akademik di peringkat antarabangsa.

Dengan pengiktirafan ini, Fitri berpeluang bekerjasama dengan universiti terkemuka di UK, mendapatkan dana penyelidikan serta menyertai projek-projek inovatif dalam bidangnya.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja mengukuhkan kehadiran saya di peringkat antarabangsa tetapi juga memberi peluang untuk menyertai persidangan global, memperluas rangkaian profesional, dan mengembangkan kerjaya akademik saya,” ujar Fitri.

Selain kejayaan peribadinya, Fitri juga bertekad untuk menghubungkan Malaysia, Asia Tenggara, dan UK melalui etnomusikologi.

Beliau berharap dapat memperkenalkan warisan muzik Asia Tenggara dan mempromosikan hiburan patuh syariah di platform global, sekali gus meningkatkan pemahaman silang budaya dan kolaborasi antarabangsa.

Dengan UK Global Talent Visa yang diberikan untuk tempoh 2025 hingga 2030, Fitri bersedia untuk menyelami dunia akademik di UK, meneroka perspektif baharu, serta menyumbang kepada perkembangan seni dan muzik Islam.

Pengiktirafan ini bukan sahaja membanggakan Fitri dan UNIC, malah menjadi pencapaian bermakna buat industri muzik Islam serta etnomusikologi Malaysia di persada antarabangsa.

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment