Categories: BeritaTempatan

Inteam Digital Raih 1 Juta ‘Subscribers’ di YouTube, Pencapaian Bermakna Sempena Ulang Tahun ke-25 Inteam

Inteam Digital, saluran rasmi YouTube milik kumpulan muzik terkenal Inteam, baru-baru ini mencatatkan pencapaian yang cukup membanggakan apabila memperoleh 1 juta subscribers. Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang amat bermakna, lebih-lebih lagi apabila ia hadir pada tahun yang penuh bersejarah buat Inteam iaitu 2025. Tahun ini, Inteam akan menyambut ulang tahun ke-25 penubuhan Inteam dalam industri muzik Malaysia.

Menurut Abd Rahim Bin Osman atau lebih dikenali sebagai Rahim Inteam, beliau amat bersyukur atas kejayaan ini dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang menyokong. “Alhamdulillah, hari ini, Inteam Digital (yang merupakan penjenamaan baru dari Inteam Records di YouTube) telah mencapai subscriber 1 juta. Terima kasih kepada semua subscriber. Semoga mendapat manfaat,” ujarnya dengan penuh rasa syukur.

Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan populariti Inteam dalam dunia muzik, tetapi juga kesetiaan para peminat serta pengikut mereka dari awal pembabitan mereka dalam industri sehinggalah yang terkini yang terus memberi sokongan tanpa henti kepada mereka.

Dengan adanya Inteam Digital, para peminat kini dapat mengikuti perkembangan terkini, muzik, dan video eksklusif dari kumpulan ini serta artis-artis naungan mereka seperti Mateen, Zakiy Hanafi, Ustaz Khairul Anuar Basri, Ustaz Husaini Mahmur, Ustazah Sofizah Mousin dan yang terbaru, Yusuf Kassim.

Pencapaian 1 juta subscriber ini menambah lagi kebanggaan buat Inteam yang sudah sekian lama menjadi ikon dalam industri muzik tempatan. Kini, dengan pengiktirafan di dunia digital, Inteam Digital semakin kukuh dalam menonjolkan muzik mereka kepada peminat di seluruh dunia.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago