Iran Nafi Pengharaman Sami Yusuf

Hujung bulan lalu, sebuah laman portal berita di Iran telah melaporkan mengenai pengharaman karya Sami Yusuf di republik itu berikutan pembabitan beliau dalam sebuah konsert di Nazareth, Israel. Berita pengharaman itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan ketidakpuasan hati di kalangan peminat terhadap langkah yang diambil oleh kerajaan republik itu. Walau bagaimanapun baru-baru ini Pengarah Penyiaran Iran, Mohammad Sarafraz, telah tampil menafikan laporan tersebut.

Menurut laporan Tehran Times, sebuah portal berita antarabangsa Iran, ketika memberikan ucapan dalam satu pertemuan mengenai sikap media barat yang mengancam Iran, Sarafraz menjadikan isu pengharaman Sami Yusuf sebagai salah satu contoh.

Dalam ucapan tersebut, beliau menyatakan bahawa akhbar serta laman-laman berita telah memetik laporan berita palsu yang disebarkan melalui media sosial.

“Sebagai contoh, laporan palsu mengenai pengharaman karya Sami Yusuf di stesen TV Iran telah dipetik oleh akhbar British dan Amerika yang kemudiannya telah menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan balas.”, jelas Sarafraz.

Berdasarkan ucapan itu, Sarafraz dilihat seakan cuba meletakkan kesalahan sepenuhnya pada media barat yang melaporkan berita pengharaman itu sedangkan laporan tersebut diambil dari portal berita negara itu sendiri berdasarkan kepada bukti rakaman video yang mengandungi dokumen kerajaan (tidak bertandatangan) yang berlegar di laman media sosial.

Berikutan ucapan Sarafraz itu, Sami Yusuf telah meluahkan rasa syukur dengan perkembangan terbaru ini. Beliau juga menambah, artis dan muzik tidak seharusnya diheret ke dalam kancah politik.

Tinjauan kami di laman web rasmi Sami Yusuf hari ini mendapati kenyataan balas beliau sebelum ini yang telah dimuatkan mengenai isu pengharaman di Iran telah dipadam.

– Munsyeed

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago