Categories: BeritaTempatanTerkini

Keputusan Penuh Nasyeed Cover Song 2015 (Pusingan 1)

Setelah hampir empat bulan peringkat pertama pertandingan Nasyeed Cover Song 2015 berakhir, semalam pihak Nasyeed.Com secara rasminya telah selesai mengumumkan senarai penuh peserta yang berjaya mara ke peringkat seterusnya. Daripada jumlah keseluruhan penyertaan yang diterima dari lima buah negara, hanya 33 penyertaan dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam telah dipilih oleh panel juri profesional.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada wakil pihak penganjur, mereka kini sedang sibuk membuat persiapan untuk melaksanakan fasa baru pertandingan ini. Melihat pada bakat yang ditonjolkan oleh para peserta yang berjaya di pusingan yang lalu, proses penyingkiran untuk saringan kali ini dijangka akan menghadapi cabaran yang lebih sukar bagi pihak panel juri profesional yang dilantik.

Berikut ialah senarai 30 peserta yang berjaya ke pusingan seterusnya (tidak mengikut urutan):-

Berbeza pula untuk 3 penyertaan dari negara Brunei Darussalam, Thailand dan Indonesia. Kesemua mereka telah berjaya untuk mara terus ke pusingan akhir Nasyeed Cover Song 2015 yang akan berlangsung pada tarikh yang akan diumumkan kelak. Mereka ialah kumpulan Asa Nasheed dari Indonesia, CRESCENDO dari Brunei dan Syababuddeen Nasyid Fathoni dari Thailand.

Apakah cabaran yang menanti para peserta dalam pusingan kali ini?

Adakah format pertandingan masih kekal sama?

Semuanya akan didedahkan oleh Nasyeed.Com tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, tinjauan kami di laman YouTube rasmi mereka mendapati sebanyak 5 buah lagu nasyid telah disenaraikan sebagai cabaran pusingan kali ini. Lagu-lagu tersebut ialah Tiada Yang Kekal (Ahmadi Hassan), Allah Maha Pencipta (Orkes Sinar Murni), Sifat Mahmudah (Hijjaz), Bila Nur Melimpah Di Hati (Rabbani) dan Yang Disembah (Raihan).

Mereka yang berjaya bakal berpeluang untuk merebut hadiah tajaan Qaseh Gold berjumlah USD 6,000.

– Munsyeed

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago