Categories: BeritaInternational

Irfan Makki Dapat Hadiah Jersey Harimau Malaya

Syah Inteam dan Irfan Makki bersama jersey Harimau Malaya. Gambar ihsan: Syah Inteam.

 

Inteam Records menghadiahkan sehelai jersey Harimau Malaya kepada penyanyi nasyid dari Kanada, Irfan Makki. Jersey pasukan bola sepak Malaysia bernombor 7 itu cukup istimewa apabila nama Irfan turut diabadikan di belakang jersey tersebut. Jersey ini telah diberikan kepada Irfan Makki di majlis sidang media pelancaran album Irfan Makki yang berjudul I Believe di Quality Hotel pada petang tadi.

Menariknya, pada hari Isnin baru-baru ini, Irfan Makki telah meluangkan masa bersama dengan kumpulan Inteam untuk menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2011 antara Malaysia dan Indonesia di Restoran D’Kayu, Damansara. Perlawanan yang cukup bersejarah itu ditonton oleh Irfan Makki dan Inteam dengan penuh semangat.

Menurut Irfan, perlawanan bola sepak pada malam tersebut cukup sengit kerana kedua-dua pasukan yang berentap pada malam tersebut cukup hebat.

“Ia merupakan perlawanan bola sepak yang cukup sengit dan hebat. Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas kejuaraan pingat emas bola sepak sukan sea. Tahniah juga buat timnas Indonesia yang cukup luarbiasa hebat pada malam tersebut. Saya begitu teruja menonton perlawanan tersebut.” tambah Irfan.

Irfan juga turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya buat pasukan bola sepak Malaysia; Harimau Malaya yang bakal berentap dengan Syria pada malam ini untuk ujian kelayakan Sukan Olimpik.

“Jika sempat, saya akan menonton perlawanan bola sepak pada malam ini.” jawab Irfan Makki sebelum mengakhiri perbualan. -Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

7 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

7 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

7 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

7 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

7 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

7 months ago