Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 25. (ABPBH 2011)
Setiap tahun, Anugerah Bintang Popular Berita Harian akan sentiasa mewarnai diari seni karier artis Malaysia. Majlis anugerah yang cukup ‘glamour’ ini menjadi medan terbaik untuk seseorang artis mengukur prestasi dan menguji kesetiaan peminat mereka untuk mengundi mereka. Ia juga sebagai simbolik mengukur tahap kepopularan seseorang artis.
Tahun ini, genap 25 tahun Anugerah Bintang Popular Berita Harian berada di tengah-tengah landskap industri hiburan Malaysia. Sejajar dengan itu, ABPBH bakal memperkenalkan sebuah anugerah khas untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ke 25, 2011 iaitu Anugerah Jubli Perak. Untuk anugerah ini, seramai 12 artis yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular dari awal kemunculan anugerah ini hingga 2010 akan bertanding merebut anugerah Jubli Perak ABPBH.
Untuk Senarai Calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, sila klik disini.
Pada tahun ini, kategori Penyanyi Nasyid Popular telah dimansuhkan oleh pihak ABPBH. Walaupun begitu, Artis Nasyid masih dicalonkan untuk kategori lain iaitu kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular.
Berikut adalah calon kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular ABPBH 2011:
- 6ixth Sense
- Aliff Aziz & Joanna
- Awan Band
- Bunkface
- Estranged
- Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah
- Jinbara
- KRU
- Mawi & Akhil Hayy
- Malique & Rabbani
- Malique & Najwa
- Meet Uncle Hussain & Hazama
- One Nation Emcee
- Pesawat
- Pop Shuvit
- Project Pistol
- Sofaz
- Spider
- Tilu
- Tiz Zaqyah & Yasin
- VIP
- Zizan & Dina
Manakala, Akhil Hayy turut tercalon dalam kategori Pengacara Lelaki TV paling Popular ABPBH 2011.
Tahniah diucapkan kepada semua calon ABPBH 2011 dan selamat berentap. -Munsyeed{Dot}Com