Connect with us

Konsert

IPN Bakal Gegarkan UIA

Diterbitkan

pada

CAC Hall yang terletak di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak ibarat dewan keramat buat para penasyid. Manakan tidak, saban tahun dewan inilah menjadi tempat berlangsungnya konsert-konsert nasyid berprestij, baik melibatkan artis tempatan mahupun luar Negara. Malah, rekod kehadirannya sangat luar biasa, penuh.

Tahun ini, satu lagi konsert berskala besar yang menjadi acara tahunan bakal mengambil tempat di lokasi yang sama. IIUM Nasyeed Club (INC) bakal menganjurkan Islamic Perfomance Night (IPN) pada 18 November 2012 bermula jam 8 malam.

Menurut kenyataan yang diberikan pihak INC kepada Munsyeed. Konsert kali ini bertujuan untuk menyampaikan mesej dan memberi pendedahan tentang tema.  Mereka mahu memupuk tradisi pengetahuan dan pemeliharaan nilai-nilai Islam sebagai asas kemanusiaan dalam membina sebuah masyarakat yang lebih baik.

“Selain itu, para hadirin juga dapat merasai keunikan kesenian Islam itu sendiri melalui perbezaan budaya. Jadi, kami berharap para penonton dapat menikmati persembahan berunsur nasihat dan pengajaran yang disampaikan melalui nasyid” Jelas mereka

Antara yang bakal membuat persembahan pada konsert berprestij ini ialah Hijjaz, Saujana, Devotees dan UNIC. Malah, bakat baru industri Nasyid, Al-Fateh turut membuat persembahannya pada konsert kali ini.

Tiket berharga RM10 bagi pelajar dan RM 13 bagi orang awam telah mula dijual. Bagi yang ingin menempah, bolehlah menghubungi Suffian (013-7138 643) atau Hanisah (017-4437 280).

Bagi yang telah menempah, boleh membuat pembayaran melalui akaun bank CIMB Bank  1446-0002-3115-29 (Mohd Suffian Bin Amat) atau Bank Islam  1416-2028-1139-13 (Mysharah binti Mohamad), serta menyertakan bukti pembayaran di emel [email protected] dan SMS ke nombor yang tertera.

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

Konsert Mestica – “Nak dengar Mestica tarik lagu Salahuddin Al-Ayyubi secara live…”

Diterbitkan

pada

Bila sebut nama Mestica, terus bermain lagu ikonik penuh bertenaga mereka- Salahuddin Al-Ayubi di benak pemikiran saya. Sehebat figura yang dinyanyikan, lagu Salahuddin Al-Ayubi ini menonjolkan sisi lain Mestica yang membuatkan mereka diingati!

Walaupun lahir sebagai anak didik Hijjaz pada ketika itu, Mestica unik dan tersendiri. Bukan acuan Inteam, saduran UNIC mahupun bayangan Hijjaz!

Kini, mereka bakal muncul dalam sebuah konsert solo yang diberi nama Konsert Mestica – Di Sini Bermula. Konsert ini dijadualkan akan berlangsung pada Sabtu, 18 Oktober 2025, jam 8 malam.

Tiket akan mula dijual pada hari ini, Jumaat, 8 Ogos 2025 bermula jam 11 pagi. Tiket boleh dibeli menerusi laman rasmi mestica.ubertickets.asia.

Pastinya ramai yang ternanti-nanti persembahan vokal yang penuh bertenaga dari Khairul, Khalil dan Razin dalam konsert solo ini.

Mungkin ada di kalangan peminat Mestica akan bertanya, Bagaimana pula dengan Saiful? Adakah beliau akan membuat kemunculan istimewa di konsert itu nanti? Adakah terdapat sebarang kejutan daripada pihak Mestica? Itu semua antara soalan-soalan yang akan dijawab oleh Mestica nanti.

Lagu-lagu seperti Layar Keinsafan, Yang Abadi, Inayah, Demi Cinta Zainab, Puteriku Sayang dan Badar 313 akan menjadi antara lagu wajib yang perlu disampaikan oleh Mestica dalam konsert ini. Apa pun, kita nantikan set list yang akan diumumkan oleh Mestica nanti.

Continue Reading

Berita

Konsert Intifada Rabbani – Pengalaman Spiritual Yang Dinantikan!

Diterbitkan

pada

Kumpulan nasyid popular tanah air, Rabbani, bakal menggegarkan pentas dengan penganjuran Konsert Intifada yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 20 September 2025, bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Mengangkat tema perjuangan dan ketenangan jiwa, konsert ini menjanjikan lebih daripada sekadar persembahan muzik dimana ia adalah medan pertemuan hati yang mencari ketenangan melalui zikrullah dan lagu nasyid yang mengajak pendengar untuk mengingati Tuhan.

Konsert ini turut menampilkan gandingan mantap bersama nama-nama besar industri seperti Brothers, Yabang dan Aeydan, menjadikan ia sebuah acara yang bukan sahaja meriah dari segi hiburan, tetapi juga kaya dengan mesej rohani dan perpaduan ummah.

Para peminat boleh mendapatkan tiket melalui dua platform rasmi, iaitu fantopia.io dan ticket2u.com, bermula 31 Julai 2025 jam 10 pagi.

Butiran Konsert:
• Nama: Konsert Intifada Rabbani
• Tarikh: Sabtu, 20 September 2025
• Masa: 8.30 malam
• Lokasi: Idea Live Arena, Petaling Jaya
• Tiket mula dijual: 31 Julai 2025 | 10.00 pagi

Dibawakan oleh Universe Gateway dengan kerjasama media rasmi seperti Zayan, ERA, SINAR, THR Gegar, Gempak dan rakan-rakan strategik lain, konsert ini dijangka memberi pengalaman spiritual yang menarik buat para penonton.

Continue Reading

Berita

Demi Peminat, Inteam Pindah Konsert Kasih Kekasih Ke Tempat Lebih Besar!

Diterbitkan

pada

Inteam

Sambutan luar biasa daripada peminat telah mendorong kumpulan nasyid tersohor tanah air, Inteam, untuk memindahkan Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun ke lokasi baharu yang lebih besar iaitu IdeaLive, Petaling Jaya.

Dalam masa yang sama, tarikh konsert turut dianjakkan dari 27 ke 28 September 2025.

Dalam sidang media yang berlangsung hari ini, Inteam meluahkan rasa syukur dan terharu apabila tiket bagi lokasi asal habis dijual dalam tempoh hanya dua jam selepas pelancarannya.

“Kami tidak menyangka sambutan yang begitu hebat daripada peminat. Ramai mencadangkan agar kami adakan malam kedua atau cari lokasi lebih besar. Jadi, kami pilih IdeaLive, yang mampu memuatkan sehingga 5,000 penonton,” kata jurucakap Inteam.

Pihak penganjur memberi jaminan bahawa pembeli tiket terdahulu tidak perlu bimbang, mereka akan menerima tempat duduk istimewa dan keutamaan di zon masing-masing.

Urusetia akan menghubungi pembeli bagi tujuan pengesahan tempat duduk dan makluman rasmi pertukaran tarikh.

Sebagai tanda penghargaan, hadiah istimewa daripada Aplikasi Khair juga akan diberikan kepada pembeli terawal.

Jualan tiket baharu akan dibuka pada 14 Jun 2025 (Sabtu) melalui platform Ticket Empire menerusi laman web rasmi konsert: www.kasihkekasih.com.

Konsert sempena ulang tahun ke-25 Inteam ini akan menampilkan lebih 25 lagu hits dan medley nostalgia, termasuk penampilan khas anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad, serta beberapa artis jemputan yang masih dirahsiakan.

Inteam turut merakamkan penghargaan kepada MINAZ Sdn Bhd selaku penaja utama, dan stesen radio Zayan, Era, Sinar dan Gegar yang bertindak sebagai rakan media rasmi.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Aplikasi Khair, yang mana Inteam merupakan duta rasmi dan pernah ditaja ke Perth dan New Zealand untuk persembahan serta rakaman program Kembara Selawat.

Menariknya, peluang penajaan dan kolaborasi masih dibuka kepada mana-mana pihak yang ingin turut serta menjayakan konsert ini mahupun Jelajah Konsert Kasih Kekasih Malaysia yang dirancang selepas ini.

Kepada peminat yang terlepas membeli tiket sebelum ini, Inteam berpesan:

“Jangan risau, insyaAllah kita akan bertemu dalam konsert jelajah pula nanti.”

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2025 Munsyeed Edutainment